Tuesday, January 27, 2009

Santai di Akaroa

* Ni Apa kes????notty Aqil with nude pose.

* Aksi Superdad..
* Ayah : bang ..cari etok..ada tak?
Adib : etok tu apa yah? abang tatau arr..

* Akaroa

Memandangkan cuti sekolah pun hampir tamat, kami belum ada peluang untuk bawak anak-anak jalan. Jadiknya hari minggu lepas, kami ke Akaroa. Ini merupakan trip kami kali kedua ke Akaroa. Kali pertama masa cuti tahun baru tahun lepas..masa tu belum well prepared..masih blur-blur lagi..

This time memang well prepared. Sebagai bekalan, aku goreng bihun, goreng fishball ( kununnya nak stickkan balls tu, tapi lupa nak beli stick) dan buat sedikit nasi ayam ( bawak banyak sebab takut lapar!). Kami bertolak around 9.30 am, singgah jam kat Geralds St, umah Kak Wan..dia buat open house arini.. mandangkan kami dah plan utk ke Akaroa, jadiknya tak dapatla nak berpot luck dgn derang..so just singgah say hello n sorry cause tak dapat nak attend.. dengar cerita menu hebat gak, ada kari daging, kerabu perut ngan daging dendeng. sorry banyak-banyak Kak wan...aduhai..takpa la ..next time ..kali ni nak spent time ngan anak-anak..

Perjalanan makan masa lebih kurang 1 1/2 jam sebab berenti makan, stop kat orchard fruits utk beli cherry. Kami tak pgi cherry picking sebab tak plan untuk ke sana..just singgah beli cherry 1/2 kg =NZD6.. ok la tu..dah nak hujung season dah..sampai di Akaroa, orang punyalah ramai..masing-masing nak sun bathing. Anak-anak trus tukar attire dan derang mandi..suhu punyalah panas, takda tempat teduh..duduk kat tepi beach dalam 2 jam( tak tahan panas terik, pening kepala), lepas makan dan sebagainya, kami pulang...budak-budak kepenatan semua tertidur dalam perjalanan pulang termasuk co-pilot..hahhaha..apa-apa pun yang pasti anak-anak seronok..
* Aksi Supermum..tengah angkat food supply diiring oleh bodyguard macho kat belakang


Tamatlah satu bab di hujung minggu..

2 comments:

Catz said...

wah rose....seronok berliburan dgn anak-anak ya...berkelah gitu...beehun goreng...nasik ayam..waduh..enak...seneng sekali...

mazila said...

waahh! seronoknyer tengok ore berkelah..terliurnye!
kelakarlah cari etok tu
supermum ado bodyguard lg..hensem pulaktu..tinggi!