Tuesday, January 20, 2009

Hasil masakan..

* Mashed potato
* Nasi goreng daging with teh tarik..


Entah kenapa minggu-minggu ni malas sungguh nak menulis..padahal banyak jugakla acaranya. Apa-apa pun tanak berceloteh panjang, cumanya nak share sikit-sikit story je.. semalam , kami breakfast ngan nasi goreng daging. Pastu untuk teatime , aku try buat mashed potato, belasahlah. mana ada orang makan mashed potato time tea time! ahaks.. apa sajalah labu..anak-anak punyalah suka especially atif. Makan betul dia makan, sampai gravy mashed potato tu dia buat kuah makan ngan nasik. Untuk lunch, just goreng ayam ngan buat acar timun... sound a bit boring!

So untuk arini, breakfast ngan pancakes with mapple syrup..untuk lunch pulak just panggang the ayam..n some ulam-ulaman ala orang putih..hehheheh( salad jek..). Memandangkan sari dua ni trasa sedihla pulak..emo tak tentu pasal..mungkin sebab hormon tengah menggila kot? so aku just prefer tengok tv je instead of trying some new recipes..anyway here just a bit recipes from me..hehehhe


Pancakes
Bahan-bahan
# 1 biji telur
# 2 cawan tepung naik sendiri
# 100 gm butter
# 200 ml fresh milk ( suam)
# 100 ml santan ( hehehhe)
# Sedikit gula dan garam ( ying n yang dalam masakan)
opt sedikit esen vanilla ( nak suh bagi wangi)

Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan. Kacau sebati
2. Panaskan kuali, letakkan sesenduk adunan pancakes, biarkan( nanti dia melebar sendiri)
Pastikan griskan sedikit marjerin dekat pan
3. Angkat dan hidang dengan perasa kegemaran masing-masing( saya buh mapple syrup sebab tu yang yang ada kat dalam cupboard sakti)


Ayam panggang
Bahan-bahan :
# 1 seekor ayam ( saya pakai dua ekor ayam spring)
# 2 biji lemon
# 1 biji cili merah ( kalau nak pedas, tambahkan)
# Sedikit olive oil
#2 ulas bawang putih
#1 ikat parsley
# sedikit cuka, garam dan gula

Cara-cara:
1. Blend semua bahan
2. Lumurkan pada keseluruhan ayam( luar dan dalam serta dalam kulit sekali) dan perap dalam 1/2 jam ( lagi lama, lagi best)
3. Panggang pada suhu 180c sehingga masak

2 comments:

Catz said...

huwahh..sedapnyaaaa..
harus saya cubaaaa...nampak sgt mengancam dan sedappp..nyumm..
lapar pulok melihatnyaa..

roseazmi said...

kuang..kuang..kuang..saya lagi seriau tengok catz punya masakan..meleleh seh!