Monday, October 1, 2012

Jasamu Kukenang...

Dalam entry sebelum ni, I did mention about our best bibik.This lady very kind,soft,full of smiles..I hired her masa Atif baru berusia 2 bulan..dari dia juga I belajar cara kendong baby dlm kain..ngekek-ngekek kami gelak. Sampai skrg I tak pandai buat macam yang dia buat. Dikendongnya Atif sampaila umo Atif 2 tahun!.. Lepas tu Aqil muncul, dan Aqil punya turn duduk dlm gendongan bibik. I called her Makcik..anak2 panggil beliau bibik. Beliau jugala jadi peneman bicara arwah ibu mertuaku tatkala beliau datang menjenngah kami di KL. Disebabkan beza umo beliau tak berapa jauh berbeza dn arwah ibu mertua, makanya mereka cepat serasi. Pelbagai projek menanam dibuat mereka di laman belakang rumah sewa kami yang sekakngkang kera tu. Hasilnya kami punya pokok betik yang sangat manis buahnya, pokok pandan yang merimbun-rimbun, pokok serai, halia, kunyit, pokok ubi, kangkung..pergh..pendek kata tak payah beli semua tu kat kedai. kadang2 bila I beli , makcik akan tegur "buat apa adik beli, makcik ada tanam semua ni di belakang rumah. Ngak usah beli lain kali, membazir saja"..menunujukkan betapa I tidak berapa peka dengan apa berlaku di rumah..what a loser I am!!!.. Sblm kami berangkat ke NZ, kami cuba pujuk beliau untuk tinggal bersama ibu mertua kami di KB tapi beliau takmo..katanya jauh sgt..jadiknya kami terpaksa lepas beliau dan janji lps balik dr NZ kami akan datang carik dia balik. Minggu lepas I pegi ke rumah saudaranya utk menziarah beliau, dimaklumkan oleh saudaranya yang beliau telah meninggal dunia dua tahun yang lepas. Masa tahu ni I trus terkedu..speachless..air mata trus menitik..Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Al Fatihah. Terima kasih Makcik atas segala-galanya. Jasa baikmu mmg tak terbalas. Semoga Allah saja yang dapat membalasnya. p/s : Mohon bloggers yang baca ni, sedekahkan Al fatihah buat Makcik.. She's the best helpers ever!

No comments: