Tuesday, April 26, 2011

Bila Dia jauh...

Ni dah hari ke-5 my other half takda. Dia balik semula ke Christchurch meneruskan perjuangan yang belum selesai. Kami anak beranak pulang dulu sebab tak mau berurusan dengan masalah visa. Besar belanja nak renew, lainlah kalau pohon PR.

On the day hantar Dia ke airport, muka masing2 pucat, Dia sampai tak lalu makan. Dua minggu kami enjoy anak beranak, pegi makan, jalan-jalan..seronoklah. Bila tiba masa, mula rasa seram sejuk. Kami tak pernah pisah jauh dan lama..Paling lama seminggu , itupun kalau ada antara kami yg kena pergi kursus. My other half sanggup angkut semua sekali pegi sewa kat resort tempat aku berkursus...Masa masing2 kena pegi BTN, tak dapatlah follow,masa tu pun dah rasa lama sangat (padahal 4-5 je pun). Sanggup bawak tepon spare(sorok dlm luggage) time free bergayut..hahahhaha. Feel ni dibawa hingga ke NZ. Masa dia kena berseminar, kami semua ikut. Masa tu seronok( nak tahu cerita lanjut ada aku tulis di entry sebelum ni). Ni semua gara2 rasa kekok bila sorang tak ada.

Kali ni semua kena sacrifice. Cuak bila tengok Dia pergi, pikir macam mana makan Dia, minum Dia, boleh ke Dia buat ..macam2 lah. Masa di Christchurch pun, jarang sekali kami keluar sorang2. Dia mesti bawak aku kalau nak ke mana2..walaupun masa tu masing2 tengah tarik muka semasam apple cider!

Ternyata Dia homesick. Nasib dapat skype, tu pun connection tak bagus, sengal jugak skype ni..kata dia kat mana2 pun terbayang kami!..rindu dia pada si kecil Aqeef ni mmg sangat ketara. Bila jauh begini, hubungan kami makin kukuh.Rasa macam zaman bercinta dulu2..cewah....bila borak2 gini, masing2 gelak. Banyak benar pengalaman, begitu la kan adat resam kehidupan. Tengah borak2, katanya ada aftershock, sungguh tak menarik katanya. Last gempa bumi aku ada di sisi dia, kami sama-sama panic..hahahaha..kali ni dia kata hilang teman utk sama2 panic..hmm..tulah penangan bila jauh gini, rasa macam Cinta Antara 2 Benua. Mau sedetik lebih bersama Dia.

Banyak kata2 perangsang aku dapat,tapi gitulah..Aku rindu dengan Dia..hihihiii..Dia tegas, tapi ada lembutnya. Mudah melenting tapi cepat sejuk, kadang2 over protective, buat aku rimas tapi realitinya aku rindu dengan over protective dia..kalau dulu aku cakap rindu, Dia akan luku kepala aku..katanya over! tapi kini bila jauh Dia dulu yg tuturkan ayat rindu..hmm..Dia jarang tunjuk emosi, last sekali tengok Dia sedih 2 thn lepas, kehilangan bondanya. Last week daya kebal dia luntur,katanya rasa bagai hilang nyawa..lemahnya Dia..kami punya banyak persamaan,sama-sama pendiam, minat buku(w/pun berlainan genre), minat muzik, minat peralatan audio, sama ego tapi masih boleh mengalah. Rasa sunyi pulak walaupun dikelilingi dengan anak-anak. Baru tahu kami salingmemerlukan bila berjauhan begini..bila dekat cakar2 manja..ada saja topik yg nak dibahaskan..bila dia cakap psl science, aku cakap pasal resepi..mau member tak hangin..hahhahha

Doa aku moga Dia dapat selesaikan urusannya dengan baik dan pulangnya nanti bawa berita gembira.

2 comments:

umi hadri said...

'Bila Dia Jauh...Skype boleh dekatkan"
...sian !..lama2 okaylah tu.

rose rahim said...

hahhhaa.skype pun hang..betul2..lama2 ok la..