Tuesday, February 22, 2011

Lunch Quake!

Hari ni mmg hari yg sangat menakutkan. Sekali lagi Christchurch dilanda gempa bumi berskala 6.3. W/pun agak kecik berbanding tahun lepas, kali ni mmg fatal quake. Setakat ni 65 kematian(yg dicatat), Christchurch mmg musnah!!!

Aku amat2 bersyukur kerana pada waktu kejadian kami dalam kereta,dalam perjalanan nak pergi beli lauk. Actually pagi nya tu dalam pkl 11 kami berada di dalam bandar kerana membuat beberapa urusan. Suasaan pagi ni agak muram dan sejuk, hujan renyai2, mungkin ni salah satu tanda malapetaka besara bakal melanda.. Walallahualam..

Jam 12.30 tengahari , kami betul2 berada di pusat bandar, hari ni 3 beranak saja sbb yg lain pegi sekolah. Sudah saja urusan di Kilmore Street, kami ingat nak ronda2 masuk bandar utk carik makan sbb t/hari, perut pun dah berkeroncong. Cadang aku nak makan nasi Afghan kat Colombo Street, ntah macam mana terpikir nak pegi beli laukla.

maka bertukar laluan masuk ke Dean Avenue, kat situlah tiba2 terasa kereta bagai digoncang2, jalan berombak2, a few second saja dia makin teruk, Big daddy cuba tekan brek, namun keta masih skidded..Ya Allah! gempa bumi lagi..masa ni terus terbayang muka anak2. rasa macam nak terbang je pegi ambik derang. Aqeef mula menagis, aku langsung lupa macam mana nak release seatbelt...mata dh berair nak menangis.

Big daddy suruh baca ayat kursi, aku baca tapi hati bagai nak luruh pikirkan anak2 yang lain. Perjalanan ke rumah rasa lambat sgt, Aqeef tertido di carseat, siren berbunyi merata-rata, keta polis makin banyak di jalan, ramai org keluar dr bangunan, panic dan risau makin teruk, rasa lapar hilang serta merta,kereta terpaksa diperlahankan dan ramai jugak yg berenti . Sebaik saja sampai di Lincoln, rasa macam nak melompat keluar pegi ambik anak. Alhamdullilah semuanya selamat.

Setakat ini 65 kematian, gempa paling teruk melanda berlaku pada waktu tengahhari, sedih, say u, takut, semuanya bercampur baur......

3 comments:

ati_emylia said...

Alhamdulillah semuanya selamat...
selama ni sy silent reader....take care

catz said...

Salam,

Rose,
Alhamdulilah family u selamat semuanya.
meremang bulu roma bila baca.
Take care yea.
Moga dipermudahkan semuanya. Amin.

umi hadri said...

Syukur Alhamdulillah semuanya selamat... hati2, semoga sentiasa dilindungi Allah