Saturday, November 20, 2010

Rolleston Milo Cricket Tournament




Ok...sampai saat ni aku masih tak percaya yang anak daraku sorang tu main cricket. jangan kata aku, ayah dia pun tergaru-garu kepala.Bila satu hari dia bawak jersey team sekolah, pat puluh kali aku tanya betul ke tidak ni? sampai dia naik feed up..sudahnya aku mintak maaf sebab tak percaya dengan kebolehan dia.

Bukan apa anak daraku tu jenis yang lenggang kangkung,kalau lari pun tangan terbuai2. Liuk lentok gimnas masih ada. Swekarang kami dah tak kasik dia join gimnastik dek kerana dah besar dan tak sesuai dah dipandangan mata kami. Balik cerita cricket, maka berkobar-kobarlah semangat umi ngan ayah dia. Ayahnya sampai sanggup mendelaykan misi utama dia semata2 nak tgk anak bertanding..

Kami ni tak tahu langsung psl cricket ni, yang aku tahu ianya ala2 baseball, tapi tak sama. Pada hari game, kami pergi sikit lambat, cari punya cari tak jumpa. Pergi tanya sekolah balik, rupaya derang tukar venue last minute. Berdesup kami ke tempat baru tu, ralatnya tak dapat tengok dia beraksi..Masa sampai kami dh miss dua game. Parents lain bawak kusi bagai, kami lenggang kangkung..ahaks..yelah mana ada experince tgk anak main game live..dulu pun tgk dia compete tapi dlm gym so bayak bangku utk duduk..yg ni tak da hal sbb boleh duduk bersila kat padang. Tengok dia main, aku pulak yg terasa gian nak main( w/pun tak tahu rules..hahahah).

Sudahnya team sekolah anak aku menang besar. Dalam 5 games,kesemua games derang menang. Melompat sakan anak dara aku..suka kemain..ahaks..balik sekolah bukan reti penat pegi sambung main kat luar dgn kawan2..apa sajalah kakak..

No comments: