Friday, October 30, 2009

Laksa Laksam Kelantan..

Oittt..mana dapat nama ni..????heheh..nama ni ihsan sorang adik undergrade..last wekend aku adalah terlebih rajin..maka aku buat laksa kelantan..nak makan laksam tapi takda pengukus..dek kerana nak makan sangat ,aku buatlah weekend lepas..dan adalah aku jemput adik2 undergrade yang kebetulannya nak balik malaysia for good..

Aku teragak-agak nak buat laksa lemak ni sebab seumur hidup tak penah buat tapi arwah Chek pernah kasik resepi..lama tau aku duk recall apa bahan aku nak taram..masa raya ritu ada kawan buat, tapi aku tak pegi sbb penat sangat ..

setelah dapat semula memori tu, aku trus buatlah..jeng..jeng..not bad..husna suka sangat tapi adib tak makan..Dia fussy eater..so dia makan laksa je..aku pakai laksa kering..

Sesungguhnya aku tak suka masak pakai laksa tu sbb tak reti nak adjust..,masa masak tu dia berbuih cam buat bubur nasi..dah nama pun rice noodle..kuang..kuang..kuang..tapi oklah walaupun lepas tu aku kerja keras bersihkan stove tu..erkk..apa-apa pun buat laksa ni mmg simple sgt..Resepi ihsan MIL. Best!

Resepi :

Laksa- pakai laksa kering.

Ni resepi untuk laksam ( kalo takda tutup periuk leper, pakai je base spring tin cake..)

3cwn tpg beras
1/2 cwn tpg gandum
4cwn air suam

Bahan kuah:
Ikan(direbus,dibuang tulang)-mcm nk buat laksa tuh
Sdkt halia
Sdkt bwg merah/besar
lada hitam/serbuk lada hitam pon ok
Santan
Asam keping
Sdkt garam
Sedikit gula merah/gula
Bahan ulam
timun,kcg panjang,taugeh,daun kesum, daun pudina(dipotong halus)

Sambal cili:
cili kering - rebus dulu
belacan
garam


Cara buat laksam
:

Gaulkan semua bahan-bahan.

Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak-utk mengelak dari melekat.Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak.
Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung- supaya laksam kelihatan licin dan cantik. Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak. Ulang sampai habis


Untuk kuah:

Kisar isi ikan, halia, bawang merah dan lada hitam. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masak sehingga agak pekat.


Untuk sambal:

cili kering tumbuk dgn belacan dan garam dan siap dihidang..

2 comments:

CATZ said...

wow sedapnyaaaa..
resepiii.....nak cuba....
terliur tgk..

Unknown said...

okeh..nanti update..