Friday, October 30, 2009

Laksa Laksam Kelantan..

Oittt..mana dapat nama ni..????heheh..nama ni ihsan sorang adik undergrade..last wekend aku adalah terlebih rajin..maka aku buat laksa kelantan..nak makan laksam tapi takda pengukus..dek kerana nak makan sangat ,aku buatlah weekend lepas..dan adalah aku jemput adik2 undergrade yang kebetulannya nak balik malaysia for good..

Aku teragak-agak nak buat laksa lemak ni sebab seumur hidup tak penah buat tapi arwah Chek pernah kasik resepi..lama tau aku duk recall apa bahan aku nak taram..masa raya ritu ada kawan buat, tapi aku tak pegi sbb penat sangat ..

setelah dapat semula memori tu, aku trus buatlah..jeng..jeng..not bad..husna suka sangat tapi adib tak makan..Dia fussy eater..so dia makan laksa je..aku pakai laksa kering..

Sesungguhnya aku tak suka masak pakai laksa tu sbb tak reti nak adjust..,masa masak tu dia berbuih cam buat bubur nasi..dah nama pun rice noodle..kuang..kuang..kuang..tapi oklah walaupun lepas tu aku kerja keras bersihkan stove tu..erkk..apa-apa pun buat laksa ni mmg simple sgt..Resepi ihsan MIL. Best!

Resepi :

Laksa- pakai laksa kering.

Ni resepi untuk laksam ( kalo takda tutup periuk leper, pakai je base spring tin cake..)

3cwn tpg beras
1/2 cwn tpg gandum
4cwn air suam

Bahan kuah:
Ikan(direbus,dibuang tulang)-mcm nk buat laksa tuh
Sdkt halia
Sdkt bwg merah/besar
lada hitam/serbuk lada hitam pon ok
Santan
Asam keping
Sdkt garam
Sedikit gula merah/gula
Bahan ulam
timun,kcg panjang,taugeh,daun kesum, daun pudina(dipotong halus)

Sambal cili:
cili kering - rebus dulu
belacan
garam


Cara buat laksam
:

Gaulkan semua bahan-bahan.

Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak-utk mengelak dari melekat.Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak.
Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung- supaya laksam kelihatan licin dan cantik. Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak. Ulang sampai habis


Untuk kuah:

Kisar isi ikan, halia, bawang merah dan lada hitam. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masak sehingga agak pekat.


Untuk sambal:

cili kering tumbuk dgn belacan dan garam dan siap dihidang..

Saturday, October 10, 2009

Spring yang snow






Musim bunga kali agak pelik sebab masih ada snow yang turun. Masa musim winter tak ada pulak snow turun selebat ini. Snow paling teruk turun dalam masa 25 tahun ni di bahagian North Island. bahagian South ni ada jugak, tapi tak adalah sampai jalan ditutup. Snow yang turun tiba-tiba selebat mungkin menyebabkan ramai yang terkandas dan terpaksa bermalam di dewan2 orang ramai.

Semalam snow turun lagi tapi di bahagian Darfield, Springfield dan belah2 North Canterbury. kami takmo lepas peluang, makanya pagi ni kami turun ke Springfield untuk main snow. Tunggu masa winter aritu, tak da la sebanyak ni.

Tadi sempatlah main snow, kira agak dalam lah jugak..nak main slope tapi tak bawak gear snow. budak2, mak budak, bapak budak kemain seronok lagi.. Begitulah cerita musim ini..pelik tapi best.

Monday, October 5, 2009

Hanmer Spring

Seperti yang dijanjikan, hujung kami sekeluarga kali ni amat menyeronokkan. Memandangkan masih lagi cuti sekolah, kami bawa anak-anak pergi menikmati alam semulajadi..Bunyi macam drama queen? hhehehe


Kami bertolak awal pagi dan sampai di Hanmer Spring sekitar pukul 11.30 pagi.Ingatkan jauh, rupanya kejap je. Tempat ni cantik dikelilingi gunung ganang yang atasnya masih berselimutkan salji, walaupun skrang dh spring. Pekannya kecik tapi happening,crowded sebab cuti sekolah...


Kami check in di cabin comel, lokasi terletak 1.5 km dari pekan hanmer. Duk dalam hutan..sejuk..rumah dari luar tak lawa, tapi deco dalam amatlah cantik. Then petang kami pegi mandi di kolam air panas..kolam semulajadi..mandi di kolam sulphur, suhu 29 deg..Masa mandi best, kuar kolam, sejuk tak hinggat..sbb masa tu hujan. Pagi esoknya turun snow kejap, then hail, pastu cuaca ok, pastu panas, Boleh kata cuaca 4 musimlah dalam masa satu hari. Kami jelajah hutan sebelum balik..cantik dan mendamaikan..sejuk tapi seronok..


Oh, indahnya alam, damainya jiwa!

Cuaca yang grumpy!!Grrrrr

Cuaca minggu ni dan minggu-minggu sebelum ini amatlah grumpy. Pagi sejuk, t/hari panas, petang hujan, malam beku. Ginilah cuaca sepanjang minggu. Minggu lepas terkejut dgn amaran tsunami, tapi alhamdullilah ditarik balik selepas itu. Tapi masih dalam langkah jaga-jaga. Masih diingatkan agar jauhi kawasan pantai..

Budak-budak masih lagi di alam cuti sekolah, tapi hari Sabtu dan Ahad kami berpeluang habiskan masa bersama-sama. Entry selepas ni sbb gambar blom upload.

Hari ni pun cuaca tak best, sejuk, panas, sejuk panas..tapi masih dlm mood excited sebab baru discover ada satu pokok tulip baru tumbuh. Dah kuar bunga pun, kaler merah..cantik! mesti u ols cakap aku jakun ..hehheheh..kawasan umah ni hanya ada lillies, daisy dan daffodil jek, jadiknya bila kuar satu pokok tulip tu, rasa gumbiranya..hhehehe..