Wednesday, September 30, 2009

Cuti datang lagi

Cuti sekolah dah mula. Riuh rendah umah, kejap gelak, kejap gaduh..bingit telinga. Sudah bosan main, gaduh, masuk dapur lapar..nampak gayanya stok tak sampai hujung minggu nih..peti ais tu tak tahu lah dalam sari brapa puluh kali bukak tutup..

Ginilah, kalo time sekolah bukak, sunyi sepi pulak rumah..bila cuti, gegak gempita. Tv, game, computer 24/7 on..tapi semalam my hb kata weekend ni ada aktiviti..suprise..takmo bagitahu..urmm..apalah yang mau disuprisekannya.

Biskut raya dah habis satu jenis, nasi impit baru buat kelmarin sekali ngan kuah kacang.. Saja untuk makan time senggang. Apa nak buat ni? hari ni pulak hujan..nak suruh budak-budak ni main kat luar pun tak boleh..Nak kuarlah ..pegi kedai buah, beli buah sikit..mana tau kot2 dah ada cherry( kalo ada)..sedap tu..yumm..yum..yum

Tuesday, September 29, 2009

Cerita sebelum raya

Dah seminggu aku tunggu parcel dari Malaysia. Ada kiriman baju raya untuk kami. Akhirnya dua tiga hari sebelum raya, kami dapat parcel tu..Yuhuuuu! gumbira rasa hati.. dalam parcel tu ada sampin raya budak2, baju kurung raya untuk aku,(hhehehe), kain pelikat utk Incik Jemi, baju raya kakak, makanan, buku sikit dan baju tidur budak2.

Bukan main suka derang dapat baju tidur..macam tak biasa dapat..bukan apa ..katanya sebab baju tu dari Malaysia..hahhaah..Malam tu jugak sesi testing baju dibuat. Mula-mula aku pakaikan derang baju melayu dan sampin..huh! kemain susah lagi nak suh pakai..kata atif, hahhaha..ni skirt la..mana ada orang pakai..gelak besar aku..yelah..budak tak penah pakai sampin ..ginilah jadiknya..

Riuh rendah rumah dengan suara derang..seronok tapi penat..tengoklah aksi2 budak-budak ni..

Monday, September 28, 2009

Aidilfitri 2009


Aidilfitri kedua di perantauan. Kami sambut raya pada 22/09/2009 sehari lewat dari Malaysia. Suasana di sini meriah juga..Tahun ni solat hari raya ada dua tempat, satu di Spreydon Recreaction Centre anjuran Masjid An-Nur dan satu lagi di Ricccarton Comunity Centre anjuran CLUMP ( Canterbury-Lincoln University Malaysian Student) dan Kelab UMNO Christchurch.

Kami solat di Spreydon. First time bawak anak-anak solat Aidilfitri. Tahun lepas Adib sorang berpeluang, tahun ni kami pergi satu keluarga. Meriah sangat. Selesai solat, ada pembahagian cenderahati bagi semua tetamu..Kanak-kanak paling seronok sebab dapat macam-macam hadiah. Aidilfitri kali ni first time anak-anak pakai sampin. Muka masing-masing kelat kelat manis sebab katanya sampin tu skirt..ada-ada je. Usai solat kami balik untuk jamah juadah Aidilfitri.




Nasi minyak kaler2, ayam masak merah, dalca tulang, sambal lada, rendang daging, nasi impit, kuah kacang dan jugak jangan dilupa lemang. Tahun ni special sebab ada kuih raya, ada samperit, choc chip, cornflakes madu dan mama carries..tart nenas tak berjaya buat sebab tak da acuan..next raya lah..