Ikut ramalan cuaca arini dijangka snow turun. Tapi tak turun pun, yang turun hail saja bersama hujan. Suhu memang sejuk, dah -2..Oleh kerana aku dah sihat maka aku buat satay ayam dan daging serta nasi impit untuk sarapan hari ni. Nasi impit buat sendiri, nanti nak tanya kakaku cemana nak buat nasi impit best..dia terror masak nasi impit..Puaslah kami makan anak banak..
Kami pegi beli ikan kat kat Lyttletton semalam. Dapatlah skate 4 ekor, red cod sekor dan fish mangal tu bagi free kepala ikan..FREE tau..aku rembat 3 keping kepala ikan, then untuk lunch aku buat kari kepala ikan..
No comments:
Post a Comment