Tuesday, May 5, 2009

Cek Mek Molek

Catz ada tanya cemana nak buat kuih cek mek molek..dan catz..kumara tu aka keledek manis aka sweet potato aka ubi keledek...

Bahan-bahan
3 biji ubi ( saiz sedang2 aja)
1 cawan tepung gandum
( agak2, kalau lebih tepung, doh jadik keras..tak best..biar balance ngan ubi)
1/2 s/teh garam
Gula ( untuk inti)
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara
1. Rebus ubi hingga empuk, toskan, buang kulit dan lenyekkan ia.(macam lenyek kentang)
2. Masukkan garam dan tepung, uli jadi doh ( diingatkan doh akan melekit sikit..kalau lekit sangat buh tepung)
3. Buat bebola kecik2 dari adunan tadi. Ambil satu,tekan di tengah2, sapu sikit air dan letak gula( jangan banyak, agak2 sesuai je).
4. Dah masuk gula, bentukkan bujur..renjiskan air sikit2 ( petua dari MIL..kuih jadik rapuh.)
Masa bentuk ni make sure jangan ada gula terkeluar..nanti jadi cek mek karamel lak..
5. Last step kuning hingga kekuningan..

P/s : kuih ni jangan makan panas2, melecur mulut nanti..biar suam2 kuku, baru yum..yum..

No comments: