Sunday, April 12, 2009

Nasi dagang Terengganu

Dah lama sangat-sangat tak makan nasi dagang. jadiknya pagi ni untuk breakfast aku buat nasi dagang terengganu style. resepi dari che'.. full set nasi dagang, ada acar mentah, sambal nyior, telur rebus dan gulai ayam. teringat pulak kenangan balik kampung. Arwah che' punya nasi dagang..sedapnya..!! Ingat nak buat gulai ikan, tapi tak ada ikan yang semacam ikan tongkol. Yang ada semalam kat fish mangal cumanya ikan merah, tarakhi, sardin..urmm.tak kisah la.. my other half kata buat gulai ayam pun sedap..
Nasi dagang terenggganu

Bahan-bahan :

Nasi
4 cawan beras panjang + 1 cawan beras pulut
1 tin santan + skit air @ 400 ml santan+ garam skit dan gula
1 s/ besar halba
6 ulas bawang merah- dihiris halusn bawang putih skit( skit je dalam dua ulas)
1 inci halia- dihiris halus

Method :
1. Basuh dan rendam beras + beras pulut semalamam
2. Panaskan pengukus, dan letak beras dalam pengukus( pastikan beras ditos dulu tau)
3. Bila dah naik wap, angkat, masuk nasi dalam bekas, tuang santan separuh( ore pantai timur kata "aro" aka harung dgn santan)
4. Masuk balik dalam pengukus, dan kukus semula dlm lebih kurang 20 min( depend on beras)
5. Kuar dari kukusan, masuk nasi dalam bekas, sekali lagi harung dengan baki santan tadi, rasa masin manis lemak dia, then masukkan halba, segala bawang yang dihiris tadi dan kukus balik.
6. dalam stage ni dah boleh nampak nasi tu kembang, dan bila rasa dah tak jelantah, lemak manis then boleh angkat hidang

Acar mentah
1/2 batang timun - dihiris halus panjang ( jullienne)
1 batang carrot- dihiris halus panjang
1 labu bawang besar- dihiris halus
50ml cuka( terpulang pada citarasa masing2), 1/2 s/teh garam dan 4 s/bsr gula

Method :
1. Satukan semua bahan dan biar 1 hr. lagi lama lagi serasi, lagi best

Sambal nyior
1 cawan kelapa parut @ desicated coconut - digoreng ala2 mcm buat kerisik
3 ulas bawang merah- hiris halus2
isi ikan skit( rebus dulu ikan)
1 inci halia- hiris nipis
Garam dan gula

Method :
1. Blendkan semua bahan di atas hingga lumat

Gulai ayam
1/2 kg ayam
4 sekawan
1 tin santan
4 s/bsr kerisik
2 s/bsr gula perang@ brown sugar@ gula merah
Asam keping
Bawang besar, bawang putih n halia- blend
Rempah kari ayam

Method :
1. Tumis 4 sekawan, masuk bawang tumis garing then masuk rempah.
2. Tumis garing, masuk ayam, dan santan.
3. Buh kerisik, asam keping, brown sugar dan garam.
4. Rasa mana yang patut, then siap dihidang

Ni kuih serimuka yang sempat dikukus. Jadi sudahnya menu kami pagi hampir kesemuanya adapulut dan berlemak. Tak sesuai untuk orang berdiet..hehhehe

2 comments:

CATZ said...

rose..
sedapnyaaaaa..
terus aku teringin laaaaa...bak skettt...

roseazmi said...

Ambik..dia lagila ..p Sabah tak bagitahu..kalo tak boley kirim barang seutas dua mutiara laut yang lawa itu..sungguh cantik sekali..