Nasi dagang for everyone :) This is very close to heart. Recipe I got from my late MIL. One very simple meal which made this bunch one very happy family
Bahan-bahan
1 cawan beras pulut
3 cawan beras basmathi
1 tin santan- bahagi dua, separuh pekat dan separuh cair
1 s/teh garam
5 s/teh gula
3 ulas bawang merah - hiris halus
1 cm halia- hiris halus
1 s/teh halba
Cara-cara :
1. Basuh beras seperti biasa dan rendamkan selama 4 jam ( lagi bagus kalau rendam satu malam)
2. Didihkan air dalam pengukus
3. Alaskan bekas pengukus dengan daun pandan
4. Toskan beras dan letak dalam bekas yg berisi daun pandan tadi
5. Kukus sehingga naik wap ( lebih kurang 20 minit)
6. Angkat dan tuang dalam bekas bersih, kemudian ambik separuh santan( santan cair) tadi letak gula dan garam dan sira ke atas beras tadi.Gaul rata, masuk balik dalam pengukus dan kukus semula.
7. Kukus lebih kurang 25 minit lagi, angkat dan siramkan dengan baki santan tadi
Happy Sunday y'all, and here wishing all of you a great weekend!
No comments:
Post a Comment