Thursday, March 1, 2012

Februari ini

Ya, tahu dah lama tak update blog. Dek kerana kekangan masa dan kekurangan idea maka berbulan-bulanlah blog ini tidak diupdate.

Sepatutnya N3 ini ditulis semalam tapi tertangguh sebab leka buat benda lain. Bulan Februari merupakan bulan yang istimewa, selain adanya tahun lompat, ia juga bulan paling singkat sekali.

Bulan ini juga bulan kelahiran ayah, dan bulan ini jugalah perginya ibu mertuaku. Arwah meninggal pada 29/2/2008 dan semalam genaplah 4 tahun pemergiannya. Al-Fatihah buat ibu mertuaku, Hajjah Hazizah. Pantasnya masa berlalu...terasa benar ketiadaan beliau.

Bila terpandangkan bunga melur dan bunga ros , terus minda melayang2 teringatkan beliau....ke mana saja kami pindah, di situlah juga arwah akan tanam pokok bunga ros..kali ni kediaman baru kami terpaksala tanam sendiri..

No comments: