Monday, March 12, 2012

Christchurch Botanical Garden

Jika ke Christchurch jangan lupa singgah di sini. satu taman yang cukup cantik dan indah di semua musim. Tibanya musim panas, maka penuhla taman dengan perkelahan keluarga, anak-anak boleh bermain di taman atau mandi manda di kolam public kat situ.


Banyak aktiviti boleh di buat..nak jogging, nak bagi makan itik atau nak seluri Sungai Avon. Letaknya berdekatan dengan Christchurch Hospital, jangan terkejut jika sekali sekala anda akan jumpa patient di sana.. jangan ingat derang lari dari hospital pulak..tu sebenarnya derang take break..tension duk ward so sekali sekala turun ke taman mendamaikan mata dan fikiran.


taman ni besarrrrr, kalau malas nak jalan ada pengangkutan yang disediakan untuk harungi satu taman.. not for free of course kena bayar tapi worth it..

Ianya dibuka sepanjang tahun tapi gatenya ada masa buka tutupnya. Kena ingat jugak tu karang pegi, tiba-tiba gate tutup..frust tak pasal-pasal..hihi. Ni antara jadual dia..

• November – February 9pm
• March 8.30pm
• April – September 6.30pm
• October 8.30pm


Sebelum lupa taman ni juga ada Conservatories dia.. Bukanya setiap hari dari 10.15am – 4pm. Tiada bayaran dikenakan tapi anda digalakkan beri sumbangan.. tak nak pun takpa..tak ada paksaan. Hmm..itu jelah..so apalagi jangan lupa ya singgah di sini..:)

No comments: