Monday, August 15, 2011

Ramadhan ini...

Hmm..seminggu selepas puasa,aku dapat anak saudara baru. Lelaki,kecik je sebab lahir awal sebulan. Seronokla sebab tengok baby kan..me? takada dalam perancangan untuk menambah besarkan keluarga kami ni. Cukuplah..hehehhe
Nama si comel ni ringkas yang amat : Ady b. Mohd Irwan Adisurya. Bila letak disebelah Aqeef, Ya Allah berganda2 nampak besarnya..yelah Aqeef dulu kuar pun berat dalam 3.6kg, itu pun 39 weeks..bayang kan kalo dia lahir cukup term? ada mau pegi dkt 4kg..hhehe..apa pun itu stahun yg leepas, dia kini dh besar dh..mula jadik copycat..comey sangat


Dan selang 4 hari selepas tu ,aku dapat lagi sorang anak saudara baru,
Muhammad Hadif b. Mohd Afizzi.
Nama tu aku yang pilih, dah lama simpan nama Hadif tapi tiap kali brsalin nama ni aku reservekan dulu. Berkenan nama ni gara2 tengok citer Dunia Baru,lps sebutan dia bunyi macam lembut sikit( ye ke? aku punya perasaan lani).Yang sedihnya ibu Hadif sekarang sedang bertarung nyawa akibat kehilangan darah yangbanyak semasa proses bersalin. Dilahirkan melalui kaedah caesarean, Hadif selamat dilahirkan tetapi ibunya Ashiba telah kehilangan darah sebanyak 26 pint.

Bila dapat panggilan telefon dari adik yg mengatakan isteri beliau sedang kritikal, rasa macam mau luruh jantung. Doa kami panjatkan, dan alhamdullilah berkat di bulan Ramdhan yang mulia ni, Shiba telah pun sedar. Lps tahap kritikal tapi masih lemah, masih memerlukan oksigen utk bernafas. Lepas tunjukan gambar Hadif kepada beliau, mengalir laju air matanya..yelah setelah 4 hari koma, barulah dapat menatap wajah bayi ygbaru dilahirkan. Tengok gambar pun jadiklah mandangkanbeliau masih tak mampu utk duduk sendiri..masih terlalu lemah.

Tiba-tiba terpandang kalendar..eh..eh..eh...lagi satu minggu my darling suami akan pulang utk berhari raya bersama kami..seronoknya tak terkata..jangan kata aku, anak-anak pun dah start buat count down..

Ramadhan kali ini membawa seribu satu macam pengertian buat kami semua. Kami diuji dengan macam2 perkabaran suka dan duka. Moga kami semua diberkatiNya..Amin....

No comments: