Wednesday, June 22, 2011

Pau kacang merah

Projek terkini Pau kacang merah. Aku dah ubahsuai sedikit resepi yang dapat.Inti , pakai inti segera. Senang dapat supply kat sini..suka sangat2 sebab pau naik cantik dan gebu


Resepi:

Bahan-bahan ( 10-12 biji)
250g (2 1/2 cawan ) tepung pau diayak (pakai tepung gandum pun boleh)
3g (3/4 sudu teh) yis kering
2g (1/2 sudu teh) double acting baking powder
1/2 camca teh garam
50g (4 sudu makan) gula castor
20g (1 sudu makan) lemak sayuran
1/2 camca teh cuka*
(*disatukan dan kacau hingga gula larut)
1/2 cawan air suam

Cara-cara
1. Satukan tepung, yis, baking powder,cuka didalam mangkuk adunan.
2. Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit.
3. Masukkan lemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat/licin
4. ***Jika menggunakan Bread Maker, masukkan mengikut turutan, air suam, yis, tepung pau, baking powder, gula castor, cuka dan lemak sayuran kemudian pilih menu dough dan tekan start
5. Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam.
6. ***Jika menggunakan Bread maker, biarkan doh didalam bread maker selama 10 minit sahaja, tak perlu tunggu sehingga masa tamat (1 1/2 jam)
7. Bahagikan doh kepada 10-12 bahagian
8. Masukkan inti dan tutup kemas.
9. Letakkan setiap pau diatas daun pisang yang dipotong empat segi (2" x 2 ") dan susun didalam pengukus.
10. ***untuk inti, bolehlah menggunakan inti apa saja, mengikut kesukaan.
11. Rehatkan pau selama 45 minit didalam kukusan.
12. Untuk mengukus, didihkan air didalam periuk pengukus. Bila air mendidih, barulah diletakkan kukusan yang berisi pau tadi. Kukus pau selama 10 minit.
13. ***TIps : Air perlu lah betul2 panas/mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yg lembut dan gebu.

Selamat mencuba dan confirm pau anda akan gebu dan cantik..

No comments: