Tuesday, September 7, 2010

Gempa bumi di Christchurch!

Pengalaman yang tak boleh ditukar ganti seumur hidup! Ni baru ada kesempatan nak menulis.

4 sept 2010, jam 4 pg aku bgn mcm biasa utk bersahur. Malamnya aku tido lambat sikit sbb siapkan inti utk buat tart nenas. Pagi tu sungguhlah tenang dan rasa terhibur gak dgr burung2 riuh rendah kat luar. Pelik jugak sebab selalunya lps subuh baru bunyi suara burung ni. Lps masak nasi, aku panaskan lauk dlm microwave, dlm pada tu sempatlah minum setengah cawan air milo sambil2 duk pikir nk buat biskut raya..excited sbb thn ni dapat mkn tart nenas.

Tiba2 pkl 4.35 pg( masa tu sempat tgk jam sbb jam tgn aku ltk tepi tingkap, kes suka letak brg sepah2), aku rasa rumah goyang, terbuai-buai,aku pikir aku mimpi, tapi kepala sakitdek terkena pintu cabinet yg terbuka..cawan, piring, pinggan mula jatuh dr cabinet atas, pintu ais terbuka sendiri, goyang makin kuat, trus blackout..aku start merangkak ke dining carik anak. masa atif ada tgh sahur, grab dia, dgr suara ank menangis dlm bilik. teringat yg adib sedang tido di katil atas, aku dgr suami jerit pggl nama kami.

Dalam teraba2, suami suruh tggu, dia p grab anak lg 2 org dlm bilik. Cepat2 aku grab Aqeef yg sedang lena tido.Dia tak menangis langsung! nasib baik kami jumpa cari lampu suluh, grab apa yg patut, trus lari keluar. cuaca sejuk beku! p ketuk rumah jiran(msia student), then sama2 kami gerak ke new building. Aftershock ada beberapa kali lps tu..kamera jatuh dan rosak masa sibuk2 nk lari so gambar tak byk yang dpt snap.

Cuma nak dimaklumkan kat sini, semua pelajar malaysia selamat dan berada dalam keadaan yang baik( w/pun ada kediaman yang rosak). Bekalan makanan setakat ni mencukupi, alhamdullilah. Will update soon.

2 comments:

lemongrass said...

Salam Rose,
Alhamdulillah Rose n family semua selamat. Ngeri jugak bila tengok yg 2/3rd houses and buildings kat Christchurch tu rosak fr the earthquake.
But like you wrote, memang pengalaman yg tak dapat di lupakan.
Take care!

Unknown said...

salam kak ,

Tulah..mmg ngeri..mana rumah yg ada chimney batu bata semuanya runtuh. City center tak boleh masuk, history building pun byk yg rosak..nnti saya upload gambar..