Sunday, May 10, 2009

Kisah kesayangan hamba....

Aku bertuah punya dua orang ibu yang cukup-cukup hebat. Sempena hari ibu, ingin aku berkongsi kisah ibu-ibuku..suka, duka, kelakar, pahit, manis..Ibuku seorang jururawat, kami selalu berpindah kediaman dek kerana tuntutan tugas ibuku..dari bandar ke desa hinggalah ke pendalaman sana..seronok..ibuku memang handal buat kuih..kuih favorite ku, agar2 santan dan puding caramel memang tak pernah dia lupa buatkan walaupun aku kini dah berkeluarga..dulu ibu buat niaga kuih kecil-kecilan bagi membantu ekonomi keluarga..subuh sepaei dia dah bangkit, uli tepung, buat nasi lemak dan aku dan ayah dikerahnya membantu bungkus nasi lemak memandangkan kami bungkus lawa..ibu bungkus tak lawa( kata ayah)..dulu-dulu aku merungut jugak sebab tidur tak puas..lepas siap bungkus nasi lemak dah nak kena gosok baju untuk semua orang pulak..pukul 6.45 pagi dah kena terpacak kat jalan tunggu bas..kadang-kadang aku menangis sebab rasa kena dera..huuhuhuhu..sekarang ni aku rasa bersyukur sangat2 kerana ibu dah latih aku begitu..dari dia aku belajar memasak..di saat aku kesakitan sewaktu bersalin, Ma berada di sisi..menenangkan jiwa yang gundah..(sanggup pakai uniform kerja walaupun dia bukan keje kat spital pun..tugasnya hanya di klinik) terima kasih ma!!! Insan istimewa ni sentiasa berada di sisiku ketika susah dan senang...

Lepas tamat belajar, aku kawin..kawan-kawan duk sibuk kejar ijazah, aku sibuk besarkan keluarga..masa ni aku dapat sorang lagi ibu.seorang surirumah sepenuh masa dan ibu ini juga amat istimewa..tatkala baru jejak alam perkahwinan, ibu ini yang sediakan periuk belanga kami..satu set periuk belanga..dari sekecik2 periuk sampailah sebesar periuk..katanya senang nak masak..then tolong aku pilih batu lesung..kami pegi pasar malam sama-sama.dia tunjukkan aku jenis2 sayur kampung..masakan pertama dia ajar..masak lemak sayur sawi putih( ibu panggil "lobak putih")..katanya " Ija, belajarlah masak sementara Chek' tengah sihat..esok bila Chek' tok sihat..payoh doh la"...huh! cabaran memasak..Alhamdullilah..aku kini berjaya mengendali dapur keluargaku dengan jayanya..berkat usaha ibu-ibu inilah...

Chek sentiasa ada semasa kami senang atau susah..dari kami duk rumah kedai then pindah duduk umah kakak di segambut, pindah ke umah lecturer, pastu pindah duduk di kuaters kolej, chek' la orang yang sama-sama berarak bersama kami..dari kami punya dua biji bantal..hinggalah kami punya banyak bantal, chek' lah yang tolong jahitkan. Dari kami berdua..hingga kami berenam..ibu ini sentiasa bersama..tolong tungku dan jaga masa aku berpantang.. Masa mengandungkan Husna, aku habiskan masa dengan Chek' untuk jahit selimut tampal..Tiga helai selimut berjaya kami siapkan..dan selimut itu jugalah yang menyelimuti anak-anakku..seronok betul..Mandangkan chek' jugak memang terror masak, aku mula belajar dari beliau..dari nasi dagang hingga ayam percik.dari cek molek hingga butir nangka...pernah sekali aku mengidam nak makan ketupat sotong, chek' cuba jugak buatkan( walaupun masa tu tangan dia dah tak berapa kuat)..puas hari tu kami makan ketupat sotong..Dia juga tahu aku gemarkan labu sira..kuih memang ada tiap aku pulang ke kampung..

Chek' juga punya kemahiran menjahit, malangnya aku memang tangan keras kayu..jadi kemahiran tu diturunkan pada kakak iparku..saat sedih kami lalu bersama pabila kehilangan cucunya, anak saudara ku yang meninggal di usia muda..tapi Chek' kuat semangat..aku tak nampak pun beliau menangis atas kehilangan itu..katanya..biarlah...Allah lebih sayangkan dia..
Kini Chek'juga telah tiada..pergi tinggalkan kami semua..yang ada hanyala memori2 indah bersamanya..Semoga rohnya berada di golongan orang-orang yang beriman..Al-Fatihah..

Setelah bergelar ibu, aku kini faham apa yang pernah dilalui oleh ibu-ibuku..betapa besarnya peribadi ibu..pengorbanan yang dicurahkan serta kasih sayang yang tiada belah baginya....Hanya Allah yang lebih mengetahuinya....."Mak, orang rindu Mak!!!!

"SELAMAT HARI IBU BUAT SEMUA!!"
* Ratu hatiku...

1 comment:

umi hadri said...

...sayu ija...buat mata k.la tergenang ngan air mata.
Al fatihah.
semoga Ma ija sentiasa sihat sejahtera...amin.