Monday, March 12, 2012

Christchurch Botanical Garden

Jika ke Christchurch jangan lupa singgah di sini. satu taman yang cukup cantik dan indah di semua musim. Tibanya musim panas, maka penuhla taman dengan perkelahan keluarga, anak-anak boleh bermain di taman atau mandi manda di kolam public kat situ.


Banyak aktiviti boleh di buat..nak jogging, nak bagi makan itik atau nak seluri Sungai Avon. Letaknya berdekatan dengan Christchurch Hospital, jangan terkejut jika sekali sekala anda akan jumpa patient di sana.. jangan ingat derang lari dari hospital pulak..tu sebenarnya derang take break..tension duk ward so sekali sekala turun ke taman mendamaikan mata dan fikiran.


taman ni besarrrrr, kalau malas nak jalan ada pengangkutan yang disediakan untuk harungi satu taman.. not for free of course kena bayar tapi worth it..

Ianya dibuka sepanjang tahun tapi gatenya ada masa buka tutupnya. Kena ingat jugak tu karang pegi, tiba-tiba gate tutup..frust tak pasal-pasal..hihi. Ni antara jadual dia..

• November – February 9pm
• March 8.30pm
• April – September 6.30pm
• October 8.30pm


Sebelum lupa taman ni juga ada Conservatories dia.. Bukanya setiap hari dari 10.15am – 4pm. Tiada bayaran dikenakan tapi anda digalakkan beri sumbangan.. tak nak pun takpa..tak ada paksaan. Hmm..itu jelah..so apalagi jangan lupa ya singgah di sini..:)

Christchurch di hati..

Christchurch oh Christchurch


Sentiasa di hati
Berombak rinduku menggamit kenangan
Keindahannya, ketenangannya
Kemeriahan bunga di musim bunga
Keindahan warna di musim luruh
Putihnya salju membaluti buminya sewaktu musim sejuk
Dan...
Riuhnya burung di musim panas..
Hilai tawa di ladang cherry
Bunyian gelak dari sang biri-biri
Riangnya sang itik berenang-renang di tasik
Kesibukanmu tidaklah semeriah kota London
Tapi ianya sudah cukup sibuk buat semua

Oh Christchurch..tetap di hati...

Cuti dah mula..it's holiday yo!

Arkkk..cuti dah mula. First Saturday budak-budak dah start miss derang punya taekwando class.. hmmm actually bukan salah derang pun. Kamileka buat spring cleaning sampai lupa anak kena attend class..lagi 2 mggu abang akan grading..Atif belum boleh lagi..main banyak..focusnya cepat hilang.

Apa plan masa cuti ni belum buat..yang pasti Kakak still kena pegi sekolah sbb dia ada kelas tambahan..Maklumla nak exam tak lama lagi.Sesungguhan impress dgn kesungguhan dia. Budak-budak ni sejak balik memang sgt2 strunggle dengan masalah bahasa Malaysia + silibus subjek di sini..tapi ada peningkatan dah sebulan dua ni. takpa..slowly..aku yakin budak-budak ni mampu carry on..

Sekali sekala melayang-layang minda teringatkan rumah lama kami..iskkkkk...macam melambai-lambai je..

Thursday, March 8, 2012

Mood kusam


Lately mood tak berapa baik. Try baca buku si Sophie Kinsella tu, tak habis2 dari mggu lps lagi. Sudahnya My suami ralit baca and he blame me for reading that novel..terjebak eh? heheheh..novel tu best cumanya mood aku yg agak sikit swing.

Pokok pandan yang baru tanam tu macam nak mati je, maunya tak mati ujung mggu baru ada can nak belek2. Cuaca sekarang tak menentu, bila panas, terik sgt..hujan lebat tapi cuaca masih panas..lagila buat mood swing.

Tiba2 melayang-layang teringatkan rumah lama kami di Lincoln. Walaupun tak besar mana(setingkat je pun) tapi punya laman yang luas amat..Belakang tu ada buat yang kami gantung..kunun-kununnya nk suruh bdk2 main..huh..sudahnya jadik tempat burung lepaskan hajat. Ehmmm..nk pegi habiskan novel tulah..byeee..

2 tahun sudah...

Happy birthday Aqeef..dah 2 tahun pun. Makin banyak cakapnya, makin ligat aksinya. Bila tengok ayahnya bersiap,terus keluar dari mulut comel dia " ayah handsome"..senyum simpul ayahnya.

Semalam kami buat little suprise party for him. Aqeef bukan penggemar cake pun. Walaupun dia ni makan apa saja tapi cake, donut bukan fav dia. Nasib ada pizza. His "makcik" bought some pizza from pizza brava(cafeasia ss15). sedap pizza ni, lagiii sedap dari pizzahut. Harga lebih kurang je dgn Pizza Hut.

So sini ada sikit gambar buat cuci mata..hihii..



Happy birthday my darling!!!!..Muahhhhhhhhhhh

P/s: Masih terbayang2 lagi bagaimana Aqeef struggle dgn eczema dia setahun yg lepas, sekarang alhamdullilah makin baik..

Thursday, March 1, 2012

Februari ini

Ya, tahu dah lama tak update blog. Dek kerana kekangan masa dan kekurangan idea maka berbulan-bulanlah blog ini tidak diupdate.

Sepatutnya N3 ini ditulis semalam tapi tertangguh sebab leka buat benda lain. Bulan Februari merupakan bulan yang istimewa, selain adanya tahun lompat, ia juga bulan paling singkat sekali.

Bulan ini juga bulan kelahiran ayah, dan bulan ini jugalah perginya ibu mertuaku. Arwah meninggal pada 29/2/2008 dan semalam genaplah 4 tahun pemergiannya. Al-Fatihah buat ibu mertuaku, Hajjah Hazizah. Pantasnya masa berlalu...terasa benar ketiadaan beliau.

Bila terpandangkan bunga melur dan bunga ros , terus minda melayang2 teringatkan beliau....ke mana saja kami pindah, di situlah juga arwah akan tanam pokok bunga ros..kali ni kediaman baru kami terpaksala tanam sendiri..

Friday, December 23, 2011

Susahnyaaaaa!!!!!!!

Hmmm..ini luahan rasa tidak puashati+kecewa+marah+geram. SEkolah dah nak bukak kan?kan?kan? Dan kami kini secara rasminya berada di Kuala Lumpur. Banyak urusan yang tertangguh dan belum selesai.

Bermula hari Selasa, target utama kami settlekan urusan pendaftaran sekolah anak2.Sebab kurangnya pengetahuan dan aku over confident beranggapan kacang je register sekolah anak..takkkanlahhhh payah benarrr..Masa kat Lincoln dulu, pegi je sekolah, siapkan dokumen penting, esoknya trus boleh sekolah. Jadiknya aku pikir Malaysia mesti lagi canggih..tidaklah serumit mana..

Sangkaaan aku yang sungguh meleset sama sekali. Dengan confidentnya kami ke Putrajaya utk register sekolah. Kenapa? mandanggkan kami baru pulang dari luar negara maka kami perlu ke Kementerian Pelajaran bagi memasukkan nama anak kami ke dalam sistem pendidikan Malaysia.
Kenapa pilih Putrajaya?
Sebab kami pikir situkan induk..lagi satu Kementerian Pelajaran di sana, mestilah semua urasan rasmi buat kat sana kan? kan?.
Kami sampai di Putrajaya dh hampir lunch hour so kami pikir mesti kaunter tutup..biasalah perkhidmatan awam ni..kata rehat pukul 1, tapi kaunter 12.45 dh tutup. Trus kami tuju ke Alamanda..mak aiihh..pkl 12.50 t/hari tu dhpenuh dgn orng2 gomen..mana aku tahu? tag nama besar terpampang di dada masing2..beratur punyalah panjang di atm teller..al maklumla..gaji+bonus keluar.

dalam 1.45 kami gerak keluar dr Alamanda sbb target utk sampat ke kKementerian tu sharp pkl 2. Sampai je ke Parcel E, pening nak cari parking..yelah bukan selalu pegi putrajaya pun..Pegi first building(kat situ tertulis Kementerian Pelajaran Malaysia) receptionist tu kata kena pegi building sebelah..jalan kaki ke building sebelah..derang kata : ooo ni bangunan lagi satu..akak keluar, jalan kaki sikit..bangunan tu kat depan..Arkkk..dahlah panas..naik bukit..megah den sbb baru lepas makan..sampai ke bangunan yg dimaksudkan, kaunter blom bukak..jam dh 2.15ptg..aiyoh..intergriti mana ni?? tunggu dlm 10 minit.baru ada orang di kaunter..sekali pegi derang kata " eh..kat sini kat proses semua2 tu..Puan kena pegi JPN di Shah Alam..Aku tanya" apa ek dokumen lain yg perlu saya bawa?Dia jawab " Puan kena pegi sana ..sana lagi tahu..Laaa..tak tahu pulak!rasa macam nak telan je semua2 kat depan mata..Aku beredarcepat2 sebelum naik hangin kat sana..

Esoknya kami ke JPN Shah Alam. Dokumen pulak tak cukup..derang nak salinan passport la pulak..aku pikir dengan sertakan salinan surat beranak dan rekod sekolah lama dh cukup..rupanya banyak nk kena sedia..aiihhh..kena datang lagi!!!

Hari ni pagi ke sana lagi..tunggu dlm 30 minit, dan kerani tu kata " Puan kena pegi PPD pulak lps ni..Hapa????kenapa? sbb JPN tak proses pasal penempatan, PPD yang akan uruskan. Kami kat sini hanya mengesahkan saja yg anak2 puan baru balik dr luar negara..@##%$$...Argghhh..PPD kat mana pulak? dia jawab " di Kelana Jaya puannn..argghh..Kelana Jaya?? lubuk jem tu..dah la tak arif jalan kat sana..Masa ni aku dh start rasa macam nak jadik HULK

Dari Shah Alam kami ke Kelana Jaya..sampai sana ngam2 pukul 2, ambik nombor..tunggu dlm 20 minit, sekali officer tu kata " hrmm..puan kena datang esoklah sbb pegawai kami yg incharge sedang kursus..Masa ni aku punya tahap sabar dh lupus sikit demi sikit..maka keluarla ayat2 indah aku

Ehhh..you all ni..dah tahu sekolah nak bukak lagi dua minggu, of couse la jabatan akan sibuk melayan pertanyaan@permohonan pertukaran sekolah etc..etc.time2 pack gini you all pegi kursus? takkan tak ada officer ganti?
Dia jawab" tak da puan..sebab puan buat permohonanan utk mskkan anak di PJ Uatara, kebetulan pulak pegawai yg inchange bahagian PJ utara berkursus, makanya tak dapat kami tlg.. marah tahap didih tau! dahla blom lunch..

Eh apasal susah benar nak register ni? tak boleh ke buat setempat..tidaklah parent ni ke hulu ke hilir..penat tau ..dgn nak harung jem, nak cari parking..kenapalah sulit sangat..tak paham aii..sapa2 yg kerja dengan Kementerian Pelajaran ni cuba explain sikit...awal2 cuti hari tu tak boleh ke hantar officer you pegi kursus DAN dah hujung2 cuti ni freezekan semua kursus..postpone ke tahun dpn..tak pun adakan officer yg multitasking..kan senang..ni kalau officer pegi kursus, trus tak boleh buat apa2..itu kalau kursus..kalau cuti bersalin? tak ke haru nak tggu 3 bulan baru nak proses..HAMPESSS..tak paham la macam you all buat perancangan..eeee..mode : sakit hati..