Showing posts with label Christchurch. Show all posts
Showing posts with label Christchurch. Show all posts

Saturday, August 29, 2015

Spring is around!!!

My oh my..time goes by so fast..spring is already around!! done with the cold chilly season, here comes the sunnies..

blooming roses

Haven't got the time to capture the beautiful scenery of spring. Spring is always become my favorite season. During spring buds, blossoms, and other new growth bursts forth throughout the country and new born lambs frolic in the fields just before dusk. Can't wait to see the daffodils, roses, redbud, iris, lilac..gosh! I love it...not-to-forget lavender!

So welcome spring!!


It's wild plant

Monday, August 24, 2015

One fine day @Governor Bay, Lyttleton, Christchurch

So...another down to memory lane. disebabkan New Zealand sangat dekat di hati, maka sebolehnya I nak lakarkannya di sini. Pengalaman yang terindah yang pernah I dapat. Alhamdullilah, syukur.

I wrote this entry on January 21st, 2011. lamaaa kan? lama betul I peram.. Sekarang I bukak untuk refresh memory..

Ahaks...saja nk ceriakan suasana. Lepas cuti panjang tahun baru aritu, rasa macam baru meriah balik jalan raya kat sini. Kalau tak rasa sunyi jek kampung Lincoln ni. cuaca sekrang tak menentu, panas, hujan,panas, hujan. Earthquake aftershock pun masih terasa sekali sekala, paling kuat takat ni 5.2 mag.

Beberapa hujung mggu lps, kami saja2 jln ke Lyttleton,bandar pelabuhan yang terletak lebih kuang dlm 45km dari rumah. Saja ronda petang2, my suami kata he needs a break. Kami pegi ke satu jetty,Governor Bay, Lyttleton. Cantik!! kebetulan pulak masa tu ada org tgh capture wedding pictures, so lucky us la kan, boleh tgk pengantin..bukan kenal pun saja suka tgk org cantik.

Aku ni mulala berangan nk suruh incik suami tangkap gambar mcm tu jugak,then baru teringat, haishh takmola, rosak gambar..dengan kelebaran badan macam daun sireh skrg ni erkkk..tak sggp nk tgk.sudahnya anak2 la jadik model..bukan nak pun bdk2 ni.. apa2 pun hari tu mmg santai dan relax..seronok..

So enjoy the picture :) Yesssss...


Sunday, August 23, 2015

Canterbury A&P Show

Tadaaa.. down to memory lane. This of of our favorite event at Christchurch, A&P Show!

It usually held on September in order to celebrate the Spring. My kids really loves to go because they can experience and see New Zealand's largest Agricultural and Pastoral Event!. Usually it held at Canterbury Agricultural Park.

So if you're already in Christchurch, do visit this event. Full of excitement and joy.














* Picture  circa 2012. Long time ay ??:)

Saturday, August 22, 2015

Review memories..

Gosh! I'm shocked!. I was just reading my old bog entries and realized  just how much I'm blogged but didn't publish it!! Tengok, tengok, penunjuk aras betapa lamaanyaaaaaaa blog tak di usik. To discovered rupanya I ada almost 20 drat yang belum publish and it's all about my extra,extra Sunday. All the stories about my kids and our life back before.

Reading my draft postings on each of them chronologically brings me through the best journey of them growing up, and memories of what I had blogged would come back so fresh and vivid to mind- as if they just happened yesterday.

I will keep postings my old draft slowly and I admit that blogging is very rewarding in its own special way. Just love it<3 .="" p="">
And I realized that I should start writing about my Extra Sunday on a regular basis again. So that years down the road, I could recall every single thought that I have of all.

So I start it with my post, wrote it on Wednesday, 21 April 2010. Back in Christchurch. It was our little Bubba Aqeef Ilman.

Talk..Ummi. Talk..



Dia dh start cakap..tapi sepatah pun aku tak paham. Dia tegur, aku jawab, aku tegur, dia senyum..alahaii tembam umi..sejak dh umur 48 hari ni makin galak pulak dia ckp..haritu macam ada lesung pipit, tapi skrg dh hilang..mana pegi ek?


Dia demand nak suruh umi cakap hari2..maka bercakaplah umi walaupun tak paham apa yg ditanya. Apa yang umi cakap? semua bendalah. Daripada benda kecik sampailah benda besar..hari ni nak masak apa? hari nak buat apa?lagi umi bercakap lagi dia senyum..bila umi diam, maka dia akan tegur macam dia cakap" talk umi..talk".mengarutlah umi seharian..


dengan ayah takmo duduk..kata ayah..huh! ayah tak ada dunlop..umi banyak dunlop..iyolah tu..@ ayah mmg cari alasan mengelat takmo pangku..aqil lagi terror dr umi..




Monday, March 12, 2012

Christchurch Botanical Garden

Jika ke Christchurch jangan lupa singgah di sini. satu taman yang cukup cantik dan indah di semua musim. Tibanya musim panas, maka penuhla taman dengan perkelahan keluarga, anak-anak boleh bermain di taman atau mandi manda di kolam public kat situ.


Banyak aktiviti boleh di buat..nak jogging, nak bagi makan itik atau nak seluri Sungai Avon. Letaknya berdekatan dengan Christchurch Hospital, jangan terkejut jika sekali sekala anda akan jumpa patient di sana.. jangan ingat derang lari dari hospital pulak..tu sebenarnya derang take break..tension duk ward so sekali sekala turun ke taman mendamaikan mata dan fikiran.


taman ni besarrrrr, kalau malas nak jalan ada pengangkutan yang disediakan untuk harungi satu taman.. not for free of course kena bayar tapi worth it..

Ianya dibuka sepanjang tahun tapi gatenya ada masa buka tutupnya. Kena ingat jugak tu karang pegi, tiba-tiba gate tutup..frust tak pasal-pasal..hihi. Ni antara jadual dia..

• November – February 9pm
• March 8.30pm
• April – September 6.30pm
• October 8.30pm


Sebelum lupa taman ni juga ada Conservatories dia.. Bukanya setiap hari dari 10.15am – 4pm. Tiada bayaran dikenakan tapi anda digalakkan beri sumbangan.. tak nak pun takpa..tak ada paksaan. Hmm..itu jelah..so apalagi jangan lupa ya singgah di sini..:)

Christchurch di hati..

Christchurch oh Christchurch


Sentiasa di hati
Berombak rinduku menggamit kenangan
Keindahannya, ketenangannya
Kemeriahan bunga di musim bunga
Keindahan warna di musim luruh
Putihnya salju membaluti buminya sewaktu musim sejuk
Dan...
Riuhnya burung di musim panas..
Hilai tawa di ladang cherry
Bunyian gelak dari sang biri-biri
Riangnya sang itik berenang-renang di tasik
Kesibukanmu tidaklah semeriah kota London
Tapi ianya sudah cukup sibuk buat semua

Oh Christchurch..tetap di hati...

Wednesday, November 2, 2011

Little River

Tempat seterusnya Little River.Duduknya 25km ke barat Akaroa. Kecik je tempat ni, kira route persinggahan untuk ke Akaroa. Dulu kawasan ni kawasan pembalakan, supply balak ke Christchurch. Sekarang ni pekan ni jadik pekan pertanian supply produk2 segar dari ladang. Dulu ada stesen keretapi tapi sekarang dah jadik kedai dan i Centre( tempat rujukan pelancong). Berdekatan dengan Little River ni ada satu pantai Birdling Flats namanya(akan diceritakan kemudian), pantai kecil yang cantik yang jadik tumpuan burung camar..


Tiap kali kami ke Akaroa, kami pasti singgah di cafe kecik ni, cantik dan cosy. Pun ada kedai yang jual produk-produk local( sayur+ buahan) yang segar..harga pun taklah mahal mana..ikut musimlah..tapi puas hati sebab semuanya fresh.

(biasanya kalau cuaca cantik kita akan sentiasa jumpa rombongan kereta vintage ni)

Cerita- Tempat-tempat menarik di Canterbury

Trip pertama kami( secara rasmi ya.trip duk hospital masuk kategori lain)ialah ke New Brighton Pier. Tak silap aku di UK pun ada satu tempat jugak di namakan New Brighton jugak dan pemandangan dia hampir menyamai New Brighton di Christchurch.

(budak baru baik demam)

Well kalau ikut sejarah pun nama bagi New Brighton ni diambil dari resort English yang terkenal dengan dermaganya.Dulu dermaga kat sini dibina berasasan kayu tahun 1894, selepas itu dia demolished tahun 1965. Sekarang ni jetty tu pakai concreate dah. View..memang cantik..tenang dan damai.sesuailah bagi aku yang baru keluar hospital ni..Makanan femes kat sini? hmm fish n chips la..best..salah satu tempat yg perlu datang kiranya anda ke Christchurch( macam agen pelancongan pulak).
a
Psttt : kalau datang sini jangan lupa bawak jaket sebab angin kat sini sejuk. Tapi di Christchurch ni anda boleh rasa 4 musim dalam 1 hari. jadik jaket tu kena sentiasa ada walaupun musim panas(light jaket la)

Post dated story

Tak kisahla nak cakap apa..bermula pada hari ni blog ni akan diisi dengan vcerita back dated diselang seli dgn update story? Kenapa? sebab tiba-tiba muncul ilham nak menulis kisah2 lalu. Nak kena tulis terusmana yang yang terlintas sebab lepas ni memang tak ingat dah. Jadik sebelum memori tu ilang macam tu saja..baiklah aku share memori indah ini. Mana tahu boleh dijadikan panduan untuk rakan-rakan lain(uweekk..hihihi)

Pengalaman pertama kali anak masuk hospital di perantauan.
Hari pertama kami kami touchdown di Christchurch, Aqil demam. Walaupun sebelum itu aku dah prepared dengan segala jenis ubatan dari Malaysia, namun tak berkesan. Kami tanya kawan-kawan senior di sini,kata derang mungkin terkena tummy bug. Maklumlah tgh musim panas, ramai yang kena (kata derang).
Masuk hari ketiga Aqil pucat,makan tak nak, minum tak nak..aku mula panic. Macam mana prosedur nak pegi hospital eh kalo di sini? lagi satu nak gerak macam mana sebab masa tu kami masih belum ada kenderaan.Dalam pukul 6, aku minta tolong Gee untuk hantar anak ke klinik. Anak-anak lain terpaksa kami tinggalkan di rumah..tawakal je masa tu.

Sampai di Riccarton Clinic 24 hrs,derang tanya pasal GP..hadoi aii..Masa tu GP pun blom terpikir mana nak cari.Tanpa pikr panjang trus decide clinic tu jadik GP kami. Bayar dalam NZD45(kalo tak salah) untuk pendaftaran( sebab bukan PR)..pastu bayar hapa ntah lagi habis dlm NZD100++. Gp kata Aqil kena warded sbb low oksigen.Masa tu rasa macam batu jatuh atas kepala. Yelah, kami baru sampai di bumi Christchurch, jetlag belum habis lagi, pekan Lincoln pun belom sempat teroka...tempat pertama kami pergi ke rumah Kak Mieza dan Tn Ahmad. Derang jemput dinner..sedap makan sup kambing. Masa tu pikir anak2 lagi tinggal sorang2 kat rumah tanpa ada orang dewasa. Gp suruh kami pegi dengan ambulance..HAPA? dgn ambulance? Ya Allah..rasa luruh jantung..mana pernah seumur hayat naik ambulance..charge utk ambulance NZD500. Perjalanan dr Riccarton Clinic ke Christchurch Hospital..tak boleh pegi dgn keta sendiri sbb salah prosedur. Aqil kena pasang oksigen.

Bincang secara pantas, kami akur, aku naik ambulance dgn Aqil, my other half follow dari belakang.yelah ..hospital pun tak tahu ke mana arah. Lama kami di Riccarton Clinic, sampai aku rasa nak demam. Kesian Gee tunggu kami berjam2..nasib dia ok.
(ni scene di ER)

Sampai Christchurch Hosp, kami trus duk di ER, demam Aqil masa tu 39c, derang masuk Iv dan buat la prosedur macam2, my other half minta izin utk balik tgk anak2 yg lain sbb dh malam sangat.Aku just angguk saja sebab masa tu pikiran melayang, kaki rasa tak pijak bumi. Doktor dan nurse kat situ amat baik dan pantas,derang bgtahu aku nampak tenang. Setengah parents mmg tak boleh handle situsi macam ni..aku iyakan saja..padahal masa tu rasa nak menangis sepuas hati. Once Aqil dah tenang, selesai semua kami dipindahkan ke HDD unit. Aqil confirmed dapat pneumonia, disebabkan paras oksigen dia terlalu rendah, maka kami diisolatekan.Dapat satu bilik( tapi kat sini memang semua dapat bilik pun). Bilik best, besar mengadap ke Botanical Garden. Cantik dan tenang. Aku diberi katil..kalo kat Msia macam u all masuk Gleaneagles ke,Subang Medical ke..heheh
kesian sangat tengok dia masa ni..luruh rasa hati ini.
Esoknya datang pegawai kebajikan hospital consult kami. Dimaklumkan juga masa tu bayaran perubatan kami mencecah NZD5000. TRus terduduk..masa tu blom terpikir lagi yang kami mendaftar untuk insurance(wajib ya pada sesiapa yang ingin belajar/ berhijrah ke luar negara). Terpikir macam mana nak bayar ni, bil ambulance lagi, bil hospital lagi, keta blom beli lagi,barang rumah lagi pastu benda2 yang diperlukan untuk set up new life nanti..peningggggg..gigil..rasa macam jadik hantu..jalan kaki tak pijak bumi.

Petang my other half datang bgtahu keta dh dapat( sebab anak ramai, kami terpaksa cari mpv.bukan macam kat msia,kancil boleh sumbat 5-6 orang..padat mcm tin sardin). dapat mpv murah..keta lelong di Turner's..keta pertama kami mitshubishi Charriot dapat dgn harga NZD1000.
Keta or should i say MPV first kami.hihiihi..banyak jasa ni..)
Aku lupa segala-galanya sbb sebu pikir mana nak cari dana nak bayar bil2 semua.lagi dia bawakkan makanan untuk aku, roti,susu..katanya nak masak belum ada apa-apa lagi kat rumah..yelah kami baru 3 hari di Christchurch. Anaka2 lain? kata other half dia belikan nasi Afghan.oo lega sikit2. Masa tu lagi 2 hari utk Christmas,wad meriah.
(kualiti gambar teruk sbb captured dengan hp saja)
Malam tu nurse suruh aku rehat, pegi minum kopi ke, jalan2 ke,tenangkan pikiran.Nasib hb bawak persalinan,selesalah sikit, dapat mandi semua.Masuk hari kedua di hospital Aqil makin pulih, tapi cranky..biasalah budak demam. Hari ketiga..ramai Msian datang, bawak nasi impit, rendang,..laaaaa..dah Raya Haji rupanya..aku mmg lupa langsung. Masya Allah!dalam pkl 11 Doktor bgtahu kami boleh balik, tgh siap2 si Santa Claus datang bw hadiah. Apa sajalah..hati ni dah girang..nak balik jumpa anak2..tak kisah dah dengan semua.
Kesimpulan : Pastikan anda punya insurance yang aktif bagi memastikan segala urusan berjalan lancar. Kita tak tahu apa yg akan terjadi in future kan? Jangan ambik mudah. sapa yang ada anak kecik pastikan kad merah sentiasa bawak..jangan sekali kali tggl.. penting tu

Apa pun aku memang kagum dgn petugas perubatan di sini, baik St John Ambulance mahupun petugas hospital. Baik sangat..cakap lemah lembut. Hai gundah jadik tenang.Layanan di hospital memang 1st class, sangat selesa( aku dpt katil sendiri dgn lazy boy). makan? bagi yg muslim ok lah..sbb derang tanya apa yg boleh dan apa yg tak bleh..yg non muslims menu memang best..dannn..untuk bil2 hospital dan ambulance kami dapat pengecuali sbb ada insurance lagi satu cover sbb aku punya working visa..Alhamdullilah. Syukur sangat2.
Tamat kisah1