Showing posts with label Food. Show all posts
Showing posts with label Food. Show all posts

Wednesday, July 13, 2016

Frozen karipap

:)

Sejak tinggal di Christchurch dulu lagi, kita dah mula bisnes kecil-kecilan karipap beku;). bila balik malaysia, beberapa tahun selepas tu baru datang ilham nak buat balik.


Sebelum Ramadhan baru-baru ni, dek kerana terlalu rindu dengan memori Lincoln, maka kita buat balik karipap ini. Niat yang ditangguh dari sehari ke sehari akhirnya terjadi bila ada permintaan dari SIL kami. Ujarnya" kalau nak buat karipap, buatkan untuk akak sikit ek"..Mula dari situ tangan tiba-tiba gatal p upload di FB,..Alhamdullilah tak sangka permintaan agak tinggi.

Jadi bermulala episod membuat karipap frozen untuk dijual. mula-mula produk tidak begitu memuaskan, selepas R&D yang entah ke berapa kali..kini karipap frozen kami semakin bertambah baik...
so uolls kalau nak order karipap frozen untuk kudap-kudap bolehla Pm kita tepi-tepi :)hihihih

Nah belanja gambar karipapa satu!

RM4/10 biji
Inti kentang/daging/ayam

:)

Friday, December 18, 2009

Salam Maal Hijrah 1431

Selamat menyambut Maal Hijrah 1431 kepada semua. Semoga kita semua dibahagiakan selalu, disihatkan tubuh badan, diberkati rezeki dan dan dikuatkan iman. Berikan kami kenikmatan beribadah dan jauhkan kami dari fitnah. Suburkan benih KEISLAMAN dengan penuh rasa kasih sayang.

Sempena tahun baru ni, aku berjaya siapkan sedikit pemanis mulut buat santapan keluarga. Bukan kuih grand pun..hanya cik serimuka saja yang aku idam-idamkan. Walaupun kali ni rupa bahagian atasnya seindah bulan, tapi rasanya semanis delima..cewah..sedap..alhamdullilah..

Sunday, December 13, 2009

Bun..bun..bun



Dah tiga hari kemaruk buat bun..tambah pulak anak-anak suka.First batch aku just buat sweet bun dan filling dia butter..kunun2nya macam yang bai roti jual tu..tapi my hb komen katanya filling kureng manis..


2 batch aku buat lagi..tak puas hati..kali ni aku letak marjerin dan sikit gula dan tabur gula kat atas. Laku macam pisang panas..aku sempat makan seketul. Malamnya aku buat lagi..dan masih kekalkan filling cumanya kat atas tu aku letak custard hot cross bun tu..Not bad..sedap..


Hari ni aku buat lagi..kali ni buat lebih sebab budak2 terlaluuuuuu lah suka makan bun panas2..penat jugak sebab aku uli manually..tapi puas hati..berbalai sangat. Nanti nak adjust sikit recipe ..nak try pakai minyak masak instead of butter sebab kalau pakai butter roti jadi kaler kuning, kalau pakai minyak roti jadik kaler putih..takpun nanti letak shortening..kaler cun sikit...

Kesimpulannya : puasssss hatiii...

Friday, October 30, 2009

Laksa Laksam Kelantan..

Oittt..mana dapat nama ni..????heheh..nama ni ihsan sorang adik undergrade..last wekend aku adalah terlebih rajin..maka aku buat laksa kelantan..nak makan laksam tapi takda pengukus..dek kerana nak makan sangat ,aku buatlah weekend lepas..dan adalah aku jemput adik2 undergrade yang kebetulannya nak balik malaysia for good..

Aku teragak-agak nak buat laksa lemak ni sebab seumur hidup tak penah buat tapi arwah Chek pernah kasik resepi..lama tau aku duk recall apa bahan aku nak taram..masa raya ritu ada kawan buat, tapi aku tak pegi sbb penat sangat ..

setelah dapat semula memori tu, aku trus buatlah..jeng..jeng..not bad..husna suka sangat tapi adib tak makan..Dia fussy eater..so dia makan laksa je..aku pakai laksa kering..

Sesungguhnya aku tak suka masak pakai laksa tu sbb tak reti nak adjust..,masa masak tu dia berbuih cam buat bubur nasi..dah nama pun rice noodle..kuang..kuang..kuang..tapi oklah walaupun lepas tu aku kerja keras bersihkan stove tu..erkk..apa-apa pun buat laksa ni mmg simple sgt..Resepi ihsan MIL. Best!

Resepi :

Laksa- pakai laksa kering.

Ni resepi untuk laksam ( kalo takda tutup periuk leper, pakai je base spring tin cake..)

3cwn tpg beras
1/2 cwn tpg gandum
4cwn air suam

Bahan kuah:
Ikan(direbus,dibuang tulang)-mcm nk buat laksa tuh
Sdkt halia
Sdkt bwg merah/besar
lada hitam/serbuk lada hitam pon ok
Santan
Asam keping
Sdkt garam
Sedikit gula merah/gula
Bahan ulam
timun,kcg panjang,taugeh,daun kesum, daun pudina(dipotong halus)

Sambal cili:
cili kering - rebus dulu
belacan
garam


Cara buat laksam
:

Gaulkan semua bahan-bahan.

Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak-utk mengelak dari melekat.Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak.
Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung- supaya laksam kelihatan licin dan cantik. Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak. Ulang sampai habis


Untuk kuah:

Kisar isi ikan, halia, bawang merah dan lada hitam. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masak sehingga agak pekat.


Untuk sambal:

cili kering tumbuk dgn belacan dan garam dan siap dihidang..

Monday, August 31, 2009

Juadah Iftar

Antara juadah iftar kami.
Buat apam balik sebab teringin nak makan. Mula-mula tak confident gak, tapi bila buat, eh jadik pulak. Hak ni aku buh roasted almond instead of roasted peanuts.

Puding cream caramel buat untuk Incik Jemi. Ni last minute punya menu, jadinya kami makan puding ni panas-panas..not bad at all. Sejuk pun sedap, panas pun sedap..

Yang ni beli yg instant di Pak n Save..hehehhe..nak cepat punya pasal. Mini vege spring roll aka popia goreng laaa..Sedap jugak sebab dia letak minyak bijan..tapi agak masin..( my taste bud la).

Ayam panggang bermadu. Credit untuk Kak La, sebab resepi dia yang punya. Kami selalu p makan nasi ayam kat umah dia di Kajang, sedap dan simple. So request recipe bawak mai sini.
Air jagung sebab teringin sangat2 nak minum. Air ni lemak berkrim sebab ai pakai sweet corn tu blend dgn ais, susu cair dan letak sikit santan.. Ada ais? hehehhe..sebab nak merasai suasana puasa di Malaysia..asal buka puasa je, ais tak tinggal..hot drink pula just buat tea sahaja..Erkk..agak tinggi kalori , tapi oklah..bukan selalu..


Inilah antara juadah iftar kami sepanjang Ramadhan ini. Masakan dari seorang yang amatur.. Alhamdullilah..

Iftar ke-9

Lama tak update. Bila tengok blog orang lain, hari-hari update pasal iftar. Bukan apa, tak dan nak duk lama2 dpn pc ni..bulan Ramadhan ni makin sibuk pulak, mana tak sibuknya duk duduk melipat kain yang tinggi menggunung boleh kalahkan Mount Hunt! Punya rajin aku nak melipat.

Since sekarang cuaca dah makin baik, tak sejuk sangattt, maka aku mesin segala baju yg berlonggok kat bilik dobi tu. Aku kuarkan jemuran yang selama ni duk berkhidmat kat dalam rumah..since dah panas kan, so bolehlah pakai jemuran kat luar.

Untuk hidangan iftar hari ke-9 ni, aku masak lagi ayam percik. Kali ni versi putih, haritu buat kaler merah. Makan dengan nasi putih je..




Hidangan sampingan pulak aku goreng daging kunyit, bak choy goreng dan agar-agar santan kegemaranku..hehheh..sempat jugak buat roti canai, tapi tak dan nak capture sbb sblm buka lagi dah habis. Ada orang tak puasa..tak sempat buat apa-apa..aku sempat selamatkan sekeping untuk Incik Jemi..


Hari sebelumnya aku buat murtabak daging. Akhirnya jadik jugak..makan dengan kuah bawang..sedapnya.
Sebelum buat murtabak tu, iftar sebelumnya aku buat nasi hujan panas, ayam masak tomato dan daging kandar..buat acar mentah sikit dan sambal.. Ni hidangan di pinggan ku. Masa tu lupa nak snap gambar lauk pauk yang lain.

Masa aku snap gambar, Incik Jemi kata "Ni my wife tengah kumpul material, lama-lama nanti siaplah thesis PhD dia"..Perli la...perli..masin mulut tu, insya'allah..ada PhD in Food Mgt nanti..hehhehe..coming soon dear!

Oh Ya!, sebelum undur diri kami sekeluarga ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KALI KE-52 buat semua dan juga SELAMAT HARIJADI BUAT HADRI!

Saturday, August 22, 2009

Ramadhan pertama..



Hari ni hari pertama umat Islam di NZ berpuasa. Hari ni jugalah adib mula belajar berpuasa. Mula-mula dia agak keberatan untuk berpuasa mandangkan katanya takut haus, tapi setelah dipujuk dengan menjanjikan ganjaran duit, maka serta merta dia bersetuju..

Pagi tadi kami kuar awal ke bandar untuk mencari bahan2 untuk berbuka puasa. Cuaca hari ni lak agak menarik, maklumlah dah di awal musim bunga. Lepas je zohor tadi, adib mula mengadu lapar dan haus. Kami kalihkan perhatian dia, berjaya la jugak, tapi tewas jugak masa dh dekat2 waktu asar..tak tahan tengok atif dan aqil duk ngulang minum air. air sirup sejuk lak tu..mau member tak terliur..Dek kerana kesian, maka berkata-katalah ayahandanya:

Ayah : Abang tak boleh tahan ke? sikit je lagi.. Adib : Abang haus sangat2 dah. Tak boleh tahan, perut abang sakit( padahal sahur pagi tadi, nasi sepinggan, roti planta sekeping, air milo, dan biskut 2 kpg)
Ayah : Kalo abang tak tahan, boleylah bukak. Tapi upah separuh la ya..sebab puasa separuh
Adib : ok..( terus bukak air kotak , minum, kemain haus lagi dia)


Untuk berbuka hari ni, aku buat nasi kerabu, ayam percik, kopok ubi dan air sirup.. Tiada kuih muih sebab tak dan buat. Walftor masih lagi tinggal bersama kami dan ni merupakan kali pertama dia makan nasi kerabu, dan jugak dia puasa hari ni walaupun non muslim. Walftor ni Sabahan dan kawan baik Incik Jemi. Sama-sama dari bidang plant genetic dan puaslah hati suamiku itu sebab ada member kamceng yang boleh share psl research. Apa-apa pun yang pasti ayam percik ku jadik pilihan ..heheh..secret recipe dari arwah che'. Walaupun ada skit modification dari segi teknik masakan, tapi rasa istimewa itu masih ada.....

Kualiti gambar mmg out sebab amik pakai camera hp. Camera tertinggal dalam kereta dan malas nak kuar ambik sebab :
1. Keta dah masuk garage
2. Sejuk dan berangin..eee..takmo kuar..tak tahan..

Saturday, August 15, 2009

Ada tetamu!!!!

Hari selasa lepas, kami terima tetamu jauh dari Malaysia. Akhirnya sampai jugak. Pagi Selasa, lepas hantar separuh batalion ke sekolah, maka kami bawak lagi separuh ke airport( dua org je, bunyi mcm besar).. Masuk je kawasan airport..rasa syhadu weyyy..Mandangkankan flightnya direct terus ke ChCh, maka kami tunggu beliau kat terminal international.( lama tak datang, dah lain airport ni)

Sebab tunggu lama, my two bodyguards dah start bosan. I'm hungry Ummi!..inilah..tadi tanak breakfast siap2 kat umah. Since kat atas tu ada mini playground, aku bawak derang naik dan incik jemi ditugaskan mencari tetamu jauh itu. Aku belikan derang egg sandwich dan satu cawan hot chocolate. Aqil mmg nak main..so yg makan atif jelah. Tinggal lagi separuh air , suamiku itu datang tersenyum bersama kawan2. Aku tgk tiada bagasi..pelik???? mana beg? Rupanya beg2 nya tertinggal smasa transit di s'pore..hahahhaha..

Kami trus balik since dh dekat lunch hour. Aku just buat nasi lemak with sambal ikan bilis petai and i forgot to snap the meals..but I do have some pictures that I managed to snap for our next meals..hehehhehe. Tak best rasanya kalo ltk entry tak da gambar..utk syok sendiri..hahhahaha.
.
Asam pedas ikan yang aku masak for our dinner



Aku teringin nak makan nasi hujan panas, maka bersungguhhan aku masak walaupun tak penah buat sebelum ni. Sedaplah jugak walaupun tak ada cara..huhuu..kes lupa nak beli timun. Sebelum puasa ni nak buat lagilah lengkap dengan setnya..semalam aku buat ayam masak merah dan daging kandar...serta sambal..sedap

Daging kandar
Nasii hujan panas yang tak seberapa panas..

Thursday, August 6, 2009

Nasi Afghan



Bukan resepi..saja nak tayang rupa nasi afghan. Bagi sesiapa yang berkunjung ke Christchurch ni, jangan lupa singgah untuk makan di restoran Afghan, Lincoln Road. Ada nasi, kebab ( lamb or chicken) pilih mana satu dan salad. Menu yang simple tapi sedap dan puas hati. Harga dalam NZD14 . Banyak nasinya.. kalo order satu pingan boleh makan dua orang.
Sekali sekala makan luar seronok jugak..hehehehe

Saturday, July 4, 2009

Mee goreng, mee rojak, sambal ayam..bla..bla.bla

Semalam kami officially potong riben pakai heat pump. Bunyi macam jerk kan? hehehh..kesimpulannya : agak selesalah semalam, tapi heat pump tu tak berjaya memanaskan keseluruhan rumah..Rumah lama la katakan, tapi bersyukurlah..sekurang-kurangnya ruang makan kami taklah sejuk sangat.

Aku masih tak dapat buatkan karipap buat Kak Mieza sebabnya tanganku sakit..Mintak maaf ya kak..allergic hapa entah..jadik gatal2 dan bengkak. Gamaknya ni balasan mengumpat orang tak? hishh.. hahahahhaha..actually lama sungguh dah tak kena allergic gini..kecik2 dulu selalu kena dan ianya pulih sendiri, kali ni setelah berbelas-belas tahun tak kena, tiba2 kena balik.. Gamaknya allergic dgn pokok kot? Lately sebelum kemunculan heat pump, aku pakai kayu dari jenis silver birch..pokok ni kalau sapa2 yg allergic boleh buatkan org tu gatal2..entahla..tapi yg pasti skrg jari jemariku ini bengkak, pedih dan gatal..lagila perit kalau kena air masa bilas pinggan mangkuk.

Jadi layan jelah hasil tangkapan gambar yang dibuat sebelum ini..hehehehehe

mee goreng..kononnya nak buat mee goreng mamak, tapi sudahnya jadik mee goreng maori..bubuh campak-campak.
Mee Rojak- resepi ambik dari blog catz..tq catz..sedap..
Sambal ayam. Jenuh pikir apa nak makan..sudahnya masak ni , makan dengan fresh salad dan nasik panas pastu duduk depan Tv tengok spongebob.
Chicken Carcass ala pasar malam. Rindu kat pasar malam di Mesia. Salah satu jajan yang aku suka beli kalau meronda kat pasar malam.

Telur masak lemak cili api. Resepi ni ambik dari kakak di KB..dia mmg terror masak lemak cili api..maklumla hbnya org N9. Pakai telur ayam sebab susah nak dapat telur itik..dapat telur itik lagi POWER!
Jumpa gambar lama. Husna dan Mak Long. Capture masa majlis kawin cousin kat Ampang.

Tuesday, June 16, 2009

Bubur Lambuk

Adib tak sihat hari ni. Pagi tadi sekolah call bagitahu yg Adib muntah di sekolah. Then aku pun terus pegi ambik dia kat sekolah..melepek di sick bay..kesian dia..dari sekolah terus kami bawak pegi jumpa GP sebagai langkah berjaga-jaga. Sekarang ni dah banyak kuar sekular pasal pandemic influenza nih..nasib baik GP kata stomach bug..memang patut kami bawak. Mandangkan Adib tak sihat dan Atif pun baru nak baik dari demam, maka aku buatkan derang bubur lambuk. Selera sikit makan..Resepinya aku main campak2 saja..

Bahan-bahan
1 cawan beras
1 liter stok ayam / air
Sehelai Daun pandan (buat wangi)
3 ulas bawang merah - Dihiris halus
2 ulas bawang putih - dihiris halus
1cm Halia - dihiris halus
Isi ayam dihiris halus@ daging
Sedikit lada hitam
5 kuntum bunga cengkih
5 biji ketumbar
2cm kayu manis
Sedikit santan
Sedikit butter
Garam dan gula

Cara-cara :
1. Basuh beras dan masukkan stok ayam, hirisan halia dan daun pandan. Masak hingga jadik
bubur.
2. Bawang merah, bawang putih, bunga cengkih, kulit kayu manis, ketumbar digoreng hingga
wangi.
3. Goreng ayam@ daging hingga agak garing
4. Semua bahan yg digoreng tadi masukkan dalam bubur.
5. Letak santan, butter, garam dan gula sesedap rasa.
6. Dah masak, masa nak hidang letak bawang goreng, daun bawang@ daun sup sebagai aksesori

Monday, June 15, 2009

Suprise! Suprise!

Kejutan Pertama :
Winter kali ni agak luar biasa..dah seminggu cuaca panas..I mean sunny day, temperature masih lagi sejuk tapi ada sunshine..Kalo iku last winter bulan2 gini dah snowy..payah la nak nampak sunshine ni....masalah global warming sekarang ni buat cuaca dunia tak menentu....kalau last winter kami boleh nampak bukit belakang umah dah putih diselaputi salji..tahun ni sebaliknya...

Kejutan Kedua :
Hari ni dah ada orang datang ukur utk pasang heat pump kat umah kami yang sejuk ni. Setelah berdiplomasi dengan unit accomodation, maka dapatla apa yang kami hajatkan..Terima kasih sebenarnya untuk En Jemi sebab atas senyuman manis dialah maka minah mat salleh tu luluskan permintaan kami..gamaknya aku ni senyum tak cukup manis dan tak pandai berkata-kata..hahhahaha..cayalah En Jemi..sekali pegi saja, terus dapat..

Kat sini ada sikit gambar breakfast kami last week..
Aku masak ni utk En Jemi sebab dia berjaya consult minah accomodation tu..upah ye yang!!...

Cekodok pisang untuk anak-anak..

Karipap- saja perabihkan saki baki kentang kat dapur..

Sunday, June 7, 2009

Nyaman...

Hari ni memang terasa nyaman dan tenang..Walaupun suhu 0, tapi langit terang. Aku sidai baju ditemani dengan kicauan burung, dengan bau aroma kopi dari coffee makerku yang sudah lama tak beroperasi..fuh..damai sekali..walaupun tanganku kebas dek kerana sejuk ..tapi aku rasa sungguh tenang. Sebab sekarang dah officially winter, pokok-pokok semenya dah togel, maka poko togel itu aku nampak sungguhla cantik sekali. Imiginasiku yang ntah hapa-hapa..

Aku sidai baju cepat-cepat sebab dah tak tahan dengan godaan bau kopi fresh itu..Kami jarang minum kopi, tapi sekali sekala minum best tambah pulak pagi ni aku buat nasi impit, sayur lodeh dan kuah kacang. Sesudah sepantas kilat aku sidai kain, aku tukar susun atur meja makanku..saja nak mengadap pemandangan kat luar pulak. Dapat tengok pokok togel dan pokok epal kenit yang belum gak togelnya tu...dengan semangkuk nasi impit dan sayur lodeh ditemani pulak dengan secawan kopi..aduhhh..sedap bangat dong..makan pun dengan perasaan yang sukar digambarkan..

* Hak ni aku punya..saja aku bubuh su'un lebih dalam mangkukku..sedap..

* Milik anak daraku..Dia memang cukup suka makan nasi impit dan kuah kacang..

My other half makan bertambah-tambah. Malangnya sayur lodeh kami tak berapa lengkap dek kerna takda tempe..jenuhla aku cari kat Woolworth semalam..kata kengkawan kat situ ada jual tempe..jangan kata tempe..bayangnya pun tak ada..tapi okla..mandangkan bahan lain cukup..Setelah selesai makan dua mangkuk, my other half kata pack kan sikit, nak bawak pegi lab..aku pack kan sikit untuk bekal dia kat lab..mesti lama la nih..kalo tak jarang dia nak bawak bekal..

Aqil pulak mintak nak makan roti bakar. Oh ya..lupa nak mention..aqil dah ke sekolah..akan ku letak entrynya slps ini..(mek lupa nak snap gambo dia..) hehehhehe

Sunday, May 31, 2009

Setelah sihat...

Sebahagian hail di tepi rumah..tak tahan eh duk lelama kat luar..beku tangan mek..

Ikut ramalan cuaca arini dijangka snow turun. Tapi tak turun pun, yang turun hail saja bersama hujan. Suhu memang sejuk, dah -2..Oleh kerana aku dah sihat maka aku buat satay ayam dan daging serta nasi impit untuk sarapan hari ni. Nasi impit buat sendiri, nanti nak tanya kakaku cemana nak buat nasi impit best..dia terror masak nasi impit..Puaslah kami makan anak banak..
SEbelum
Selepas

Kami pegi beli ikan kat kat Lyttletton semalam. Dapatlah skate 4 ekor, red cod sekor dan fish mangal tu bagi free kepala ikan..FREE tau..aku rembat 3 keping kepala ikan, then untuk lunch aku buat kari kepala ikan..
Ni hasil kat pinggan aku.. just celur button mushroom..dapat banyak dari neighbour dan kawan-kawan yang keje kat kilang mushroom..since aku sorang yang makan, maka aku celur sikit..tambah lak ada sambal belacan dan pari bakar..pergh..heaven beb..makan anak banak laju jek..

Sunday, May 17, 2009

Oh..kek lagi!!


Hari ni cuaca amatlah baik walaupun windy..tapi nyaman..Jadiknya lepas makan malam tadi..anak-anak request untuk dessert..aiyoh! penat tak hilang lagi ni..puncanya aku mesin rumput dua hari..hahahhaha..terbakar sikit segala lemak tepu..kununnya ala-ala berlari di threadmill tu lah..hehehhe

Jadiknya untukmenunaikan hajat anak-anak , aku dengan senang hati bakar sebijik kek chocolate( lama tak makan)..

Adib : Owh...cake lagi umi?
Aku : yes , darling.cake chocolate...umi tak rajin nak buat kuih lain..Abang nak makan kuih lain ke?
Adib: Tak lah..memang abang nak suruh umi masak cake pun....abang tak makan kuih lain..
umi buat dulu..karang dah siap panggil abang tau sebab abang nak sambung main game..
Uh..boley gitu? budak-budak ni kalo tak menunggang langgangkan bilik..itulah keja dia selainnya..main game..dah boring dgn X-box, main PS2 lak..dah kalah main game..baru rasa lapar..nasib baikla kek ni cepat dan mudah..kacau2 dan bakar..dan sambil2 boleyla umi memblogging..ngeh..ngeh..ngeh..

Aqil pun tengah tido...boleyla aku masak senang lenang..kalo tak kejap2..datang tanya" umi wat apa mi?" 5 minit sekali datang tanya..cakapnya tak pernah berenti..ntah apa2 di bebelnya..
Pakai topping sugar je..sebab cooking choc tak ada stok..urmm..yum..yum..