To accomplish great things, we must not only act, but also dream; not only plan, but also believe
Wednesday, July 13, 2016
Education week : raising boys and girls
We all came out with a few idea but share the same opinion. Raising boys and girls diffrently, but equally, is not always easy.These are a few ideas that I manage to collect from our playgroup discussion( worth it tau bayar $1 untuk satu session)
Girls
- Emphasise intelligence, hard work, independence, sensitivity, and preservance in your daughter. We should encourage them in "dressing up" and tell them they are beautiful but de-emphasise the important of apprearance in relation to their value
(I've started it slowly with my daughter about this and she's seems like it)
-Encourage our daughterto achieve. Set high expectations for our daughter as for our sons
(We always told this to our daughter as well to our sons, and she's improving now. Before this is
- Encorage our daughter to read stories about succesful women.(My daughter really like to read about Queen Elizabeth..consider succesful la kan )
Saturday, April 24, 2010
Kisahnya...
Semalam petang kawan baik Atif datang rumah. Samuel Woswo namanya..dia ni memang best buddy atif aka Luq.. Kebetulan pulak adalah lebihan ubi keledek@kumara..aku pun dengan rajinrajin ayam nak buat kuih..cek mek molek!
Sementara Aqeef tak merengek, aku letak dia di boncer dan sambil2 tu aku hayun ala-ala manja bouncer tu( dgn guna kaki okayyy..sorrylah anak banyak2, terpaksa guna kaki sbb tangan sedang uli tepung)..Datanglah si samuel ni..tercetuslah perbualan ni..
Samuel : Hey Rose..what are you cooking?
Aku : I'm making some afternoon treat for all of us.
Samuel : Owh..cool. What is that? Kumara?
Aku : yup..kumara and I'm mashing it to make cek mekmolek
Samuel : Check mek moleks?(sila pronounce dgn pelat mat saleh)..it so hard to pronounce..
Aku : Really?? if in English we called it "Mek check pretty cake"..boley gitu????
Samuel: Cool name!

Dalam hati aku..apa la yg aku buat ni???habislah.. apa nama komersil cek mek molek in English ek??? aku pun tak tahu..no idea at all..ayoyoyo....
Monday, April 12, 2010
Cinta kami....
Kalau dulu pagi2 lepas yang lain ke sek, aku dan aqil pegi mengopi@ jalan2 kat city..tapi kini tak dan dah..pagi aku skrg duduk mengulit tembam ni. Aqeef dh sebulan umurnya dan fizikalnya amatlah tembam..Berat dh 5.2kg..Ayahnya dh start komplain lenguh bila dukung si tembam ni lama2..
Dia dh pandai senyum dan mengagah..dah buat baby talk..sungguhlah comel..kami sekrang dh tak peduli dgn dunia luar dh..ralit duduk mengulit si tembam comel ni..kami jatuh cinta pada si kecil ini..Alhamdullilah..
Monday, March 29, 2010
Dah 23 hari....
Hari ni Aqeef dah 23 hari..kejap je masa berlalu..sekarang dia dah takmo duduk dlm cot tu sorang2..asal letak jek meraung..berat dua minggu lps dh 4kg..skrg blom timbang..4 hari lepas balik rumah dia dapat jaundice..makan masa 5 hari nak baik..petua aku pakai..mandikan dia dengan teh pekat( petua dari arwah Che') dan mandi air halba( nasib baik halba yg Kak La kirim dulu banyak..)
Genap usia Aqeef dua minggu, ayah bawak dia jalan2 pegi Kaikoura..tidur lena sepanjang2 jalan..sikit pun tak meragam..mula2 risau tapi tawakal..alhamdullilah..ok je dia..mak dia lagi ok dpt jalan2..hehehe.
sekarang nk meriba, so ayah jadik mangsa..umi nak buat keje..Aqeef dh pandai senyum..nampak dua lesung pipit dia kiri kanan..Nasib baik Aqil rajin jaga adik. Sikit2 dtg..cium..nyanyilah..mcm2lah dia buat..heheh..meriah dunia kami..
Masak-masak
Pendek cerita semalam petang Kak Shuha dan family datang melawat kami dan baby baru. Terima kasih banyak2..banyak jugak ole2 dari beliau. Aku sempat buat pasta goreng dan cake chocolate. Cake chocolate tu kununnya nak garnishlah, tapi takdapatlah since Aqeef takmo duduk diam2 dalam cot baby. Dia dah pandai..merengek mintak dukung. Manja..sudahnya cake tu sememeh..tapi rasa sedap..bolehlah..
Wednesday, March 10, 2010
Kenangan Terindah...

Setiap kelahiran punya kenangan terindah. Kelahiran cahayamata kami kali ini memang amat meninggalkan kenagan terindah buat kami sekeluarga. Alhamdullilah pada Hari Sabtu,060310,23.45pm lahirlah Muhammad Aqeef Ilman, penyeri keluarga kami yang ke-5. Ketibaan Aqeef memang kami nanti dengan perasaan yang bercampur baur, suka, gelisah, takut memandangkan kali ni kami jauh daripada keluarga.





Monday, March 1, 2010
Dsyfuntional things..
1. Belajar sabar( hari-hari sabar, tapi ni kira sabar yang extreme)
2. Didikan yang betul perlu disemai dari kecik.
3. Self disciplined utk anak2.
4. Budi bahasa
Ni aku ambil iktibar dari apa yang aku lalu dua tiga hari ni. Aku selalu marah tapi marah bila anak buat salah sajalah..sebagai pengajaran utk derang agar jadik lebih baik. Aku paling pantang bila kita tegur kesalahan, then the kids jawab balik jerit2. Erkk not my type.
My kids kalo buat salah, derang akan kena TIME OUT! kami ada naughty chair for them ( in case kalo being naughty). Setakat ni alhamdullilah semua tu menjadi dengan baik dan derang paham kenapa ummi suruh time out.
But when the part you kena discipline anak org lain, it's gonna be difficult. You akan rasa your life will be miserable because you cannot handle other people's kids. Being around with spoil kids( this is from my observation) mmg menyakitkan hati. nak larang, tak dengar, nak tegur tak boleh..in this case..what should you do? nak kasik time out? tak de diherannya..
Dan ianya akan jadik lebih disaster bila these kind of kids cerita benda lain pada parents dia. part from being naughty dan culprits, they will said that we are the cruel parents in the world and they being good all the time..heheheh....and of course every parent akan percaya apa yang anak derang bgtahu.. Of coursela kan?
So pengajaran bagi aku : Make sure your kids well behave. Observe their personality so that they won't have any trouble in future. I hope my kids will be anak yang baik dan berdisiplin. Tak menipu dan tak pandai berlakon..( depan kita baik, blakang lain)..minta dijauhkan lah benda2 negatif begini..
Respect others people, berbudi bahasa, apa lagi eh? nilai2 moral..pendek kata berakhlak tinggi so that people will respect.
P/s: bersyukur sangat2 sebab ditunjukkan perkara2 begini..bolehlah kami jadikan tauladan...To be honest I fell so sorry for parents yang ada spoil kids nih.. They did not know their kids punya real attitudes. Minta dijauhkan dari kami semua benda-benda begini ..AMIN.
Sunday, February 7, 2010
Update wehhh..
Musim cherry dah hampir habis..last week aku beli cherry tepi jalan ..murah la jugak $7 perkg tapi buahnya tak berapa cantik dan manis dah..sekarang banyak buah apricot..murah jugak $5 perkg..buah ni aku belum try lagi.

Jagung pun murah2 jugak..boleh dapat dalam 80 cents seketul..oklah manis pun manis..


tembikai melambak2..aku borong tembikai last week..budak2 bawak pegi sekolah dan balance aku buat air..lama betul tak minum air tembikai..

Urmm apa lagi? Aku cadang nak pegi petik blueberry pulak..lokasinya sangatlah dekat dgn rumah ni..tapi my Jemi pulak macam tak minat.. Dia bukan peminat buah sangat tapi kalo hidang makanlah jugak cumanya tak favor sgt..Tak mcm aku pantang nampak buah..tak makan nasik pun tak pa..asal dapat makan buah..sehari tak makan, rasa macam ada yang tak kena je..
Minggu ni dua kali buat sushi, lama tak makan sushi. kami macam kemaruk pulak. Aku suka buat sushi ni, ringkas dan cepat..anak pun suka..dari yg susah makan sayur jadik makan sayur ..gara2 sushi..anak aku adib punyalah susah makan sayur..mmg tak makan langsung..bila aku letak dlm sushi, dia makan pulak..janji jangan mention dlm tu ada sayur udah..okeh..beredar dulu..kalo sempat nanti update balik beserta gambar..heheheh
Monday, January 18, 2010
Meh makan-makan..
Aku start buat vanila muffin..buat dalam 60 biji..habis dah tak dan nak hias2..budak-budak ni suka benar makan kek panas2. then petang tu ada jiran yang baik hati datang hantar kek buah..bedal je lah.. Kemudian aku perasan cincin aku macam ketat je sikit...hehehhe..membesar bagai johan betul aku ni..nasi tak berapa selera dengan tekak ni..maka aku goreng mee goreng basah..uishh..my suami kata sedap jugak sekali sekala tukar selera..tapi malamnya dia mintak nasi jugak!
hari seterusnya aku buat nasi goreng simple ( letak telur jek) dan goreng sunny side down..yum..yum..petang aku buat poppy seed cake ( mintak maaf ala ye, tak letak gambar sebab tak dan nak snap , lagipun presentation out!). Untuk poppy seed muffin aku tak hias jugak atas permintaan anak2..derang takmo kek tu dihias..sonang hati den..tak yah berlumuih ngan icing.
Hari ni aku buat lagi almond cup cakes dan fruits cake. Aku kasik sikit pada jiran almond cake tu sebab anak2 dia cukup suka dan fruit cake masih dalam oven ( ketika n3 ni ditulis).. lama benar aku takbuat fruits cake ni, harap2 jadilah..fuh..fuh..amin!! bau dia semerbak, tak payah pakai perfume dalam umah..budak2 dah diam dapat satu mangkuk ice cream sorang satu. My suami masih kat lab. Kenapa buat banyak2? sebab my suami skrg ni makin kurus. Harap2 selera dia datang balik, kesian tengok dia..Start last week aku kasik dia supplement vit kasik energy sikit..
Ni nampak ok sikit..pikir banyak sangat..aku nak tolong pun tak reti, bukan bidang aku..Tolong tengok jelah..stop dulu..nak p jengah cake dalam oven..duk lelama kat sini, mau hangus aku punya cake..cau cin cau!
Thursday, January 14, 2010
Old memories..
Balik dari beli barang dapur semalam, tetiba2 my suami bagitahu yang dia jumpa kawan lama kat FB..hahhaha.Then aku cakap..baguslah..at least boleh imbau old memories.. and guess what dia jumpa kawan lama kitaorg dulu..Wah..seronok betul..ingatkan dah lost contact terus..ni kawan dari zaman coupling lagi..(cewah..)..ada yg kekal( like us la..hehhehe..)dah ada yg putus. Anyway, my suami looks so happy when he can chat with his old buddies..I also tumpang happyla sbb most of them I kenal sgt2. and my suami was so loyar buruk rupanya..aku gelak ngekek2 bila baca posting derang( we share all the conversation. Aku bukan queen control okay...). Yang kelakarnya hak ladies tak ingat dan kenal pun aku, puaslah my suami bagi penerangan..tapi kenyataannya kami happy sebab at last jumpa jugak kawan2 sengal kami. Bagus jugak FB ni..boleh menghimpunkan kawan2 lama. Ahaks.. like my suami said " rasanya macam muda semula" and what I bilang sama dia? I thot u muda sokmo..hehheheheh..and selebar jalur gemilang dia sengih..apa daaa...then dia cakap..kalau layan Fb ni, mmg tak siap research dia..then aku cakap sambil beredar" hehhe..tu pun research hapa, part time research"'.. aku blah sebelum dia hempuk aku bantal..
Wednesday, December 9, 2009
Cerita hari ini..
Nasi dah atas stove, ayam dah lembut, bawang dh blender..ok boleh masak.. Ding..ding..ding..pn , telur belum rebus..ahaks..takpa telur kejap jek..rebus telur, then semua tu aku tinggal atas dapur..kasik renih2 mana yang patut..
........hari ni tak yah basuh kain, so sental dulu bathroom dgn toilet..tengok atif kejap sebab malam semlm badan dia panas..kena tummy bug lagi..tak puas hati aku dibuatnya..toilet hari2 basuh..nak kena suh lebihkan self hygiene nih..ok..atif ok..katanya dia dah ok sikit cuma rasa sakit perut jek..dan dia mula membebel..yesss..atif dah makin baik..kalo tak monyok je..takmo cakap..
Napa dgn aku hari ni? hehhehehe..saja..aku teringin nak makan nasi dagang untuk breakfast, ingatkan dah lambat sangat, rupanya awal lagi. Aku takut nanti suamiku tak sempat nak jamah breakfast tu nanti. Hari kelmarin aku buat nasi lemak, tak sempat dia nak jamah..jadiknya hari ni dengan penuh iltizam aku nak siapkan awal2..so bolehlah dia jamah sikit. walaupun minggu ni penuh dengan makanan berlemak, tapi aku puas hati..takpa minggu depan no more lemak( boleh caya ke?) padahal hujung minggu ni aku merancang nak buat satu round lagi kuih serimuka..hari tu makan tak puas..hehhehe.
babe, lepas ni kita exercise potong rumput tu ya..kasik kuar semua lemak..laman kita tu dah lama tak terurus..
Wednesday, November 25, 2009
Update..update..
Sejak bertukar pc ni yang mana jauh lebih laju dan pantas compare dgn yg jadik arwah tu, anak-anak kemain suka lagi duk melekat. PS2 dh ntah ke mana2..tak minat dah katanya..sudahnya aku jugak yg terkulat2. Bila malam, dah sah2 aku kena turn off awal sbb pc dalam bilik kids, kalau on jugak, makanya ada yang tak ke sekolah nanti.
Ok..update ceritalah..
Cerita 1 : Musim panas gini kemain laris lagi ice cream. Dengan aku2 skali terjebak main ice cream. Sama naik dgn budak2. Makanya bercadanglah aku nak buat ice cream sendiri..sampai laaaa ni tak buat2.
Cerita 2 : Rimas dengan lalat. Banyak betul..besar2 pulak tu. Terbang dgn sound effect lagi..Bingit telinga. nampak gaya kena stock up spray banyak2. tak kuasa dah dh nak halau. takat halau2 manja gitu, idak dilayannya..Brutal punya lalat!
Cerita 3 : Persiapan Hari Raya Aidil Adha. Rasanya tak ada apa yang istimewa kot. Tahun lepas kami pergi jalan2..tahun ni tak dapat since Incik Jemi kena present poster right after Raya. So member nak fokus buat poster. Kengkawan yang lain ada buat gath raya yang mana rasanya aku tak dapat pergi. Katanya buat BBQ , kambing 3 ekor tumbang disamping tu adalah menu lain2. Kenapa tak pergi? aku tak menyumbang apa2, baik duit maupun tenaga..takkan suka suki je nak pegi makan Senah oooiii..Segan la jugak..sumbangsih tak buat, alih2 nak dtg makan..ingat VVIP ke? hehehhe.
Tapi kalo ada gambar nanti, maknanya aku buat muka tak malu je la, pegi ambush majlis raya.hhahhahha.. Kenapa tak menyumbang? ntahla..mood tadak nak join majlis..hahhaha
Cerita 4 : Buat hal sendiri. Lately aku suka buat hal sendiri..sungguhlah jarang aku hadiri majlis makan yg dianjurkan oleh persatuan kat sini. Bunyi macam sombongnyaaa dan angkuhnyaaaa..sebenarnya idaklah sombong, wa tadak geng..tak syok arr pegi majlis tadak geng yg satu kapla..hehehe..pun tak reti nak bercakap sangat pun..kalo pegi pun kang, aku makan2, sengih2, makan2, tau2 aku blah..sbb boring. Orang boleh duduk berjam2 menyembang, aku duduk setengah jam, mulalah serba tak kena...tu pasal aku takmo pegi majlis makan2. satu tabiat yang tak dapat aku buang suka tengok org..aku buat pemerhatian..iskkkk..apa nak jadilah..
Apa-apa pun nanti aku akan cuba sedaya upaya mengupdate blog ni sekerap mungkin( err) dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha buat semua!
Monday, November 9, 2009
Imbas kembali..


Monday, October 5, 2009
Cuaca yang grumpy!!Grrrrr
Budak-budak masih lagi di alam cuti sekolah, tapi hari Sabtu dan Ahad kami berpeluang habiskan masa bersama-sama. Entry selepas ni sbb gambar blom upload.
Hari ni pun cuaca tak best, sejuk, panas, sejuk panas..tapi masih dlm mood excited sebab baru discover ada satu pokok tulip baru tumbuh. Dah kuar bunga pun, kaler merah..cantik! mesti u ols cakap aku jakun ..hehheheh..kawasan umah ni hanya ada lillies, daisy dan daffodil jek, jadiknya bila kuar satu pokok tulip tu, rasa gumbiranya..hhehehe..
Thursday, August 20, 2009
Salam Ramadhan...
Ramadhan ini merupakan ramadhan kedua kami di sini. Betapa rindunya kami kepada keluarga, sanak saudara serta kawan-kawan yang berada di Malaysia. Kepada Kak La dan Abang Aziz di Kajang, Ramadhan kali ini terpaksa ditempuh dengan penuh kesabaran memandangkan putera hati berada jauh di perantauan. Buat Kak Nah dan keluarga di Kota Bharu, pohon ampun dan maaf kiranya ada yang terkasar bahasa dari kami sekeluarga di sini.
Persiapan kali ini agak lebih teratur berbanding tahun lepas dan anak-anak mula terasa bahang Ramadhan. Agak sedih juga melihat wajah mereka yang rindukan suasana puasa dan Hari Raya di Malaysia, walau apa pun akan semua ini akan dapat ditempuhi dengan tenang dan sabar..Insya'allah...
Wednesday, August 19, 2009
Cerita dulu-dulu..
The Red Rocking Hood and The Magic School Bus..
It soooooo long I’ve not write anything..Got nothing to jot down.now I’ve something to share.. Ni merupakan pengalaman bangga seorang ibu melihat anak-anaknya dengan confidentnya membuat persembahan..
Seminggu sebelum cuti sekolah berakhir, Adib dan Husna ada membuat persembahan di sekolah. Pada 23/9 Adib membuat persembahan pertamanya..Ini memang kali pertama dia berada di pentas..Ini juga merupakan konsert pertamanya..Aku punyala gelabah sebab tengok dia rileks je..tak da practiceke hapa..tau-tau da bilang ” Umi kena beli tiket untuk tengok konsert abang” ..ingatkan dia bergurau ..sekali ada note di bukunya menyatakan Adib perlu hadir awal bagipersiapan konsert. Aiyohhhh..konsert start kul 7 pm..buka puasa kul 6.30 pm..Apa lagi terkocoh-kocoh buka puasa, ala kadar nak cepat..Adib pulak rilek jek sambil makan nasi bertambah-tambah..Sampai sekolah dah 6.55pm..gabranya aku..Adib penenang jiwa aku. “Rileks Mom..I’m gonna be ok..Just watch my concert”..
Show start on time..and when I saw Adi’s on stage, my chest was full,hard to breath, my eyes was bling2 with the tears..Wah..anak umi..confidentnya dia..
Abes satu concert, the next day another concert..It is Husna’s turn..The Magic School Bus..a story about journey in the volcanoes…Husna sememangnya familiar dengan stage..Last year, dia merupakan wakil sekolah peringkat daerah Petaling Jaya dan wakil Negeri Selangor bagi Choral Speaking..And this night she bloom me again…there she was on the stage..telling about how polluted nowdays..and how volacones gives benefit to human being..and there my tears goes again..It was increadicble..the moment of excitement..and Ayah as usual busying snaping photo..and we gathered one family to watch our family member perform. Gagahkan diri pergi..tawakal jek dengan bawak Aqil yang tengah demam..early stage pneumonia..on medication..dahla sejuk..Alhamdullilah..dia ok..and Atif tak sabar-sabar nak perform cam Kakak dan abang..Well u have to wait dear….next year u will have the same experience like Kakak and Abang..and make Ummi n Ayah proud!…Love u kiddos..
Monday, August 3, 2009
Catatan di penghujung winter.......
Sekarang baru aku paham mengapa orang kat sini berlumba-lumba untuk berjemur bila ada matahari..ahaks..Sebenarnya aku begitu teringin nak makan sayur berdaun hijau..susah nak cari musim gini..kalo ada pun terlalu mahal..aku tak suka kobis..anak2 pun sama..kalau dapat sayur sawi buat sup letak telur dan su'un..urmmm..sedapnya..semalam incik jemi beli nasi afghan..( gambar ltk kemudian)...saja untuk tukar2 seler..sekali sekala makan beli ok jugak...Sedap nasi nih.. kami pilih lamb kebab instead of chicken kebab. Semalam kami hanya bermalas-malasan di rumah..aku pun masih belum siapkan tempahan karipap dari kawan2. Minta maaf lah banyak2..belum ada passion nak masuk masuk dapur.. Rasa bersalah amat..insya'llah minggu ni aku akan cuba siapkan semua order.......dah terbayang keindahan spring..dengan warna-warni bunga, wangian semulajadi alam, cuaca yang nyaman sepoi2 bahasa..dan kini aku hanya perlu warm upkan lawn mover kami yang tersadai kat garage..Masa untuk berkebun dan bersihkan laman..Hep..hep..hooorayyyyy!
Sunday, August 2, 2009
Malas..
Mandangkan selera berbeza, payah nak masak. Aku dan anak2 just prefer makan yg simple2, tapi Incik Jemi nak yg bergulai2. Kesian tgk budak2 tak lalu makan ayam, aku goreng ikan kembung. Kebetulan jumpa kat Pak n Save..kembung kecik tu..selera sikit budak2. Nak buat kuih pun dah abis idea..kek2 ni anak2 dah tak nak. Aku sendiri pun naik muak dah..yg lakupun jemput2 pisang.
Winter dah di hujung2, sekarang ni asyik panas manjang..pokok2 pun dah nampak macam nak berputik..puasa pun dah hampir tiba.. alahai..terasa syahdunya..terbayang air tebu, air kelapa, riuhnya bazar ramadan..bunyi azan kat masjid, ...walaubagaimanapun aku berharap benarlah MALAS ni hilang secepat mungkin. Arghhh.....
Saturday, August 1, 2009
Panggilan rindu, panggilan kecewa......
Setelah mendengar suaranya, rasa hilang rindu..macam-macam nak dikongsi, tapi tak terluah..panggilan tadi dikongsi dan sudahnya berakhir dengan kekecewaaan..kadang-kadang aku rasa tak perlu memanggil lagi, tapi rasanya macam tidak patut..jangan diikut kata hati, tapi rasa ralat ni perlu diluahkan.
Untuk hilangkan rasa ralat, buat panggilan lain. Panggilan kali ni ubat rasa rindu pada semua. Anak-anak cukup gembira, walaupun hanya dengar suara( suruh bercakap, ndak mau,...) yang oknya atif..atif memang agak peramah walaupun butir cakapnya laju tapi dia punya confident tinggi..owh dan semalam jugak kami berbual dengan hadri..hhahahaha..setelah sekian lama anak bujang tu ke German, baru skrg kami boleh berinteraksi. Katanya baru boleh rilek setelah bergelumang dengan exam. Alhamdullilah..lepas tukar2 cerita, tukar kabar..masing2 mohon undur diri..lain kali borak lagi..Yay! hilang sudah rasa kecewa..mari bergembira....