Saturday, May 7, 2011

Saya Bangga!!!

Heeya...

Dah hampir sebulan my suami berada di Christchurch, selama nilah skpye dan segala benda yang mampu menghubung kami jadik sahabat baik. Disebabkan perbezaan masa yang agak menyukarkan kami berhubung selalu, jadik bila dapat berbual tu ada saja topik yang kami bualkan.

Macam orang baru bercinta lagaknya..hihihihihi..dalam pada tu kami duk bertukar2 cerita apa menu best yang patut dimasak..Dan di sini mau saya maklumkan bahawa saya sangat bANGGA bila suami saya masak..jeng..jeng..jeng..miracle sehh..

Selama ni katanya saja je takmo tunjuk bakat, kasik can pada saya..huish..so sempatlah kami bertukar gambar masakan beliau..hihi..Bangga ai!!..tak sangka my suami ni terror masak...(dalammm maknnya tu)..




Not bad kan for the bujang's?..hihihi...hopefully bila dia balik nanti, ai bolehla gantung periuk untuk sementara..hihhi

Friday, May 6, 2011

Back with new Collection!!!

Hi all,

Pada kawan-kawan yang terlihat akan blog ni, sudilah kiranya dapat diwar2-warkan kepada kawan 2 yang lain berkenaan jualan kain pasang di blog ini..Mana-mana yang berminat, boleh hubungi tuan tanah di email berikut:roseazmi13@gmail.com. Berikan detail, nama, contact number,kod kain( kiranya ingin buat urusniaga)dan apa2 saja yang berkaitan dgn transaksi jua beli.

Itu kalo nak beli..kalo nk tanya soklan email terus ke alamat yg dinyatakan..


So sini ada lagi koleksi kain yang cantik-cantik yang mampu membuat adrenalin anda mengalir laju, membuat anda rambang mata..MEH PILIH..MEH PILIH!!!! hihih




HC3-07
HC3-06 English Cotton RM60

Sale..Sale..Grab a Deal!!!

Hiya bloggers, here are your grab a sale alerts :


(HC1-018)

(HC0-004)

Crepe Wangi
Kain lembut ala sutera,ringan,sejuk, corak ala batik dan berbau WANGI!!. Hanya RM85 sepasang termasuk postage


Got somemore great offer!!....
K
(HC3-006)
Kelantan Silk
Kain lembut, sejuk, ringan, corak cantik dan menarik dan terletak bila dipakai. Hanya RM75 sepasang termasuk postage

INTERESTED??? leave me your detail..

Perkembangan terkini..

Hi peeps!!

Kini kami dah mula sesuaikan diri (semula) di Msia. To tell you the truth, the weather is really2 hot!!..Gosh! rasa macam takmo keluar rumah.

Last week was a long holiday and all of my family balik. My youngest sister now spending her one week holiday here with us.To be suprised my sister in law also came back. She missed all the noise and the cranky pel of the nephews and niece. Just nicekan..The kids spent their times with Mak Long and Pak Long.. Sangatlah gembira budak-budak tu

Me??? a little bit upsad here and there, might because of the hormone(ya ke???). banyak hal jugakla yang upsad tapi I tend to ignore it..let them pass..go away..go away..my girl already start to wear hijab@tudung. She looks gorgeous..I don't want to force her , just let her start slowly..Insya'allah..

Ada a few issues here yang buat aku rasa annyoing,menyampah pun ya..tapi semua tu sementara. After a long chat with my suami,semua feeling menyampah tu hilang.Payah u kalau duduk asing2 nibukan dekat2, dipisahkan dgn 2 benua..ahaks..BTW aku dh start counting days for Hari Raya(opps..makcik..perlu mula mengganti puasa dr skrg ya)..My suami will balik for a while just for celebrating Hari Raya with us..nice kan..hehe..


......itu jelah update story..laster ya..

Tuesday, April 26, 2011

Bila Dia jauh...

Ni dah hari ke-5 my other half takda. Dia balik semula ke Christchurch meneruskan perjuangan yang belum selesai. Kami anak beranak pulang dulu sebab tak mau berurusan dengan masalah visa. Besar belanja nak renew, lainlah kalau pohon PR.

On the day hantar Dia ke airport, muka masing2 pucat, Dia sampai tak lalu makan. Dua minggu kami enjoy anak beranak, pegi makan, jalan-jalan..seronoklah. Bila tiba masa, mula rasa seram sejuk. Kami tak pernah pisah jauh dan lama..Paling lama seminggu , itupun kalau ada antara kami yg kena pergi kursus. My other half sanggup angkut semua sekali pegi sewa kat resort tempat aku berkursus...Masa masing2 kena pegi BTN, tak dapatlah follow,masa tu pun dah rasa lama sangat (padahal 4-5 je pun). Sanggup bawak tepon spare(sorok dlm luggage) time free bergayut..hahahhaha. Feel ni dibawa hingga ke NZ. Masa dia kena berseminar, kami semua ikut. Masa tu seronok( nak tahu cerita lanjut ada aku tulis di entry sebelum ni). Ni semua gara2 rasa kekok bila sorang tak ada.

Kali ni semua kena sacrifice. Cuak bila tengok Dia pergi, pikir macam mana makan Dia, minum Dia, boleh ke Dia buat ..macam2 lah. Masa di Christchurch pun, jarang sekali kami keluar sorang2. Dia mesti bawak aku kalau nak ke mana2..walaupun masa tu masing2 tengah tarik muka semasam apple cider!

Ternyata Dia homesick. Nasib dapat skype, tu pun connection tak bagus, sengal jugak skype ni..kata dia kat mana2 pun terbayang kami!..rindu dia pada si kecil Aqeef ni mmg sangat ketara. Bila jauh begini, hubungan kami makin kukuh.Rasa macam zaman bercinta dulu2..cewah....bila borak2 gini, masing2 gelak. Banyak benar pengalaman, begitu la kan adat resam kehidupan. Tengah borak2, katanya ada aftershock, sungguh tak menarik katanya. Last gempa bumi aku ada di sisi dia, kami sama-sama panic..hahahaha..kali ni dia kata hilang teman utk sama2 panic..hmm..tulah penangan bila jauh gini, rasa macam Cinta Antara 2 Benua. Mau sedetik lebih bersama Dia.

Banyak kata2 perangsang aku dapat,tapi gitulah..Aku rindu dengan Dia..hihihiii..Dia tegas, tapi ada lembutnya. Mudah melenting tapi cepat sejuk, kadang2 over protective, buat aku rimas tapi realitinya aku rindu dengan over protective dia..kalau dulu aku cakap rindu, Dia akan luku kepala aku..katanya over! tapi kini bila jauh Dia dulu yg tuturkan ayat rindu..hmm..Dia jarang tunjuk emosi, last sekali tengok Dia sedih 2 thn lepas, kehilangan bondanya. Last week daya kebal dia luntur,katanya rasa bagai hilang nyawa..lemahnya Dia..kami punya banyak persamaan,sama-sama pendiam, minat buku(w/pun berlainan genre), minat muzik, minat peralatan audio, sama ego tapi masih boleh mengalah. Rasa sunyi pulak walaupun dikelilingi dengan anak-anak. Baru tahu kami salingmemerlukan bila berjauhan begini..bila dekat cakar2 manja..ada saja topik yg nak dibahaskan..bila dia cakap psl science, aku cakap pasal resepi..mau member tak hangin..hahhahha

Doa aku moga Dia dapat selesaikan urusannya dengan baik dan pulangnya nanti bawa berita gembira.

Sunday, April 24, 2011

Kisah canggung 2- @KL



Seminggu berada di Kuala Lumpur rasa macam sehari dua. Pantas masa berlalu,anak2 dah mula sikit demi sikit adapt dgn cuaca di sini. Walaubagaimana pun derang masih lagi punya masalah bahasa.

memang amat seronok dapat pulang ke tanahair. Mewah dengan segala-galanya. Pagi2 kami keluar carik sarapan. Sememangnya aku gantung tugas dari memasak. Kali ni mmg kami betul2 spent dgn family. Tempat fav anak2 di TESCO dan JUSCO..hahahhaah..asal tengok TESCO, derang aim ada mainan. Dapat mainan biasa2 pun jadikla..Tak ke canggung tu namanya!!

Yang tak best bila anak2 jadik tumpuan dan jelingan orang..yelah muka melayu tulin tapi komunikasi dlm English. Sehingga ada yg kata kami eksyen..apa sajalah..kami maafkan sebab mereka tak tahu situasi sebenar. Kami tak kisah pun janji happy.

My Aqil sungguh impress bila tengok air sirup.. since kat sana takda gerai2 makantepi2 jalan, maka kali ni derang alami pengalaman makan dan minum kat gerai...huh..seronok sakan..dan kali ni kami mkn segala-gala..seronok!

Friday, April 22, 2011

The canggung story...

Yesss..kami kini dah selamat berada di Malaysia.. dah 2 minggu, baru dapat mengupdate blog sebab connection internet baru dapat. Dulu pakai WIFI free rasa sungguh luxury,bila balik tak dapat internet rasa letihhhh..


Flight pulang ke Malaysia kami tengah malam, tak banyak yg dapat tengok..tapi bak kata my other half apa yg nak tengok pun( dia tersgtlah excited nak balik). Aku ni rasa sedih jugakla nak tinggalkan the shaky Christchurch tapi dalam masa yang sama nak balik Malaysia. Tiba pagi di KLIA, anak2 punyalah seronok dan derang tersangatlah canggung. Life di KLIA saja dah sibuk yang amat,rasa macam aiyohhh..penatnya tengok org ramai. Selama ni yangbanyak tengok biri2 je,life pun easy, slow je..bila sampai di KLIA tengok life yg sungguh hectic rasa macam "darat"..hahahha..my suami trus beli broadband (mana boleh tak ada internet)..cuaca tok sah cakap..panasnya yang amat..menitik2 peluh..anak2 muka semua merah, peluh mencurah macam air terjun.


Paling best sekali bab makan. Sampai rumah kakak, nampak durian terus kami makan. Semua benda nak makan! anak2 cukup seronok cumanya hari kedua my Atif kata " ummi, I'm dying now..it's so hot"..tapi mmg tersangatlah panas. My Adib makan tak pandang kiri kanan, hari ketiga muka dia dah bulat. Mau tidaknya keluar b/fast bersama paklong dia, satu pinggan nasi lemak dan roti canai. Hari 2nd tu dia makan 2 keping roti canai, semangat tengok dia makan.


Then our kakak bawak p makan tempat yang sedap sangat. makan jugak dgn semangatnya w/pun berpeluh2.Kami pulun beli durian, puas makan.berpeluh2 my suami..dah lama tak tengok dia gitu.Then bawak anak tour KL, nampak twin tower punyalah impress! canggung sungguh. Adib kata " Kuala Lumpur is cool..got a lots of taller building not like Christchurch.. Bangunan di Christchurch dah habis runtuh...ok..nnti sambung lagi cerita canggung kami..heheheh