Monday, August 31, 2009

Juadah Iftar

Antara juadah iftar kami.
Buat apam balik sebab teringin nak makan. Mula-mula tak confident gak, tapi bila buat, eh jadik pulak. Hak ni aku buh roasted almond instead of roasted peanuts.

Puding cream caramel buat untuk Incik Jemi. Ni last minute punya menu, jadinya kami makan puding ni panas-panas..not bad at all. Sejuk pun sedap, panas pun sedap..

Yang ni beli yg instant di Pak n Save..hehehhe..nak cepat punya pasal. Mini vege spring roll aka popia goreng laaa..Sedap jugak sebab dia letak minyak bijan..tapi agak masin..( my taste bud la).

Ayam panggang bermadu. Credit untuk Kak La, sebab resepi dia yang punya. Kami selalu p makan nasi ayam kat umah dia di Kajang, sedap dan simple. So request recipe bawak mai sini.
Air jagung sebab teringin sangat2 nak minum. Air ni lemak berkrim sebab ai pakai sweet corn tu blend dgn ais, susu cair dan letak sikit santan.. Ada ais? hehehhe..sebab nak merasai suasana puasa di Malaysia..asal buka puasa je, ais tak tinggal..hot drink pula just buat tea sahaja..Erkk..agak tinggi kalori , tapi oklah..bukan selalu..


Inilah antara juadah iftar kami sepanjang Ramadhan ini. Masakan dari seorang yang amatur.. Alhamdullilah..

Iftar ke-9

Lama tak update. Bila tengok blog orang lain, hari-hari update pasal iftar. Bukan apa, tak dan nak duk lama2 dpn pc ni..bulan Ramadhan ni makin sibuk pulak, mana tak sibuknya duk duduk melipat kain yang tinggi menggunung boleh kalahkan Mount Hunt! Punya rajin aku nak melipat.

Since sekarang cuaca dah makin baik, tak sejuk sangattt, maka aku mesin segala baju yg berlonggok kat bilik dobi tu. Aku kuarkan jemuran yang selama ni duk berkhidmat kat dalam rumah..since dah panas kan, so bolehlah pakai jemuran kat luar.

Untuk hidangan iftar hari ke-9 ni, aku masak lagi ayam percik. Kali ni versi putih, haritu buat kaler merah. Makan dengan nasi putih je..




Hidangan sampingan pulak aku goreng daging kunyit, bak choy goreng dan agar-agar santan kegemaranku..hehheh..sempat jugak buat roti canai, tapi tak dan nak capture sbb sblm buka lagi dah habis. Ada orang tak puasa..tak sempat buat apa-apa..aku sempat selamatkan sekeping untuk Incik Jemi..


Hari sebelumnya aku buat murtabak daging. Akhirnya jadik jugak..makan dengan kuah bawang..sedapnya.
Sebelum buat murtabak tu, iftar sebelumnya aku buat nasi hujan panas, ayam masak tomato dan daging kandar..buat acar mentah sikit dan sambal.. Ni hidangan di pinggan ku. Masa tu lupa nak snap gambar lauk pauk yang lain.

Masa aku snap gambar, Incik Jemi kata "Ni my wife tengah kumpul material, lama-lama nanti siaplah thesis PhD dia"..Perli la...perli..masin mulut tu, insya'allah..ada PhD in Food Mgt nanti..hehhehe..coming soon dear!

Oh Ya!, sebelum undur diri kami sekeluarga ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KALI KE-52 buat semua dan juga SELAMAT HARIJADI BUAT HADRI!

Saturday, August 22, 2009

Ramadhan pertama..



Hari ni hari pertama umat Islam di NZ berpuasa. Hari ni jugalah adib mula belajar berpuasa. Mula-mula dia agak keberatan untuk berpuasa mandangkan katanya takut haus, tapi setelah dipujuk dengan menjanjikan ganjaran duit, maka serta merta dia bersetuju..

Pagi tadi kami kuar awal ke bandar untuk mencari bahan2 untuk berbuka puasa. Cuaca hari ni lak agak menarik, maklumlah dah di awal musim bunga. Lepas je zohor tadi, adib mula mengadu lapar dan haus. Kami kalihkan perhatian dia, berjaya la jugak, tapi tewas jugak masa dh dekat2 waktu asar..tak tahan tengok atif dan aqil duk ngulang minum air. air sirup sejuk lak tu..mau member tak terliur..Dek kerana kesian, maka berkata-katalah ayahandanya:

Ayah : Abang tak boleh tahan ke? sikit je lagi.. Adib : Abang haus sangat2 dah. Tak boleh tahan, perut abang sakit( padahal sahur pagi tadi, nasi sepinggan, roti planta sekeping, air milo, dan biskut 2 kpg)
Ayah : Kalo abang tak tahan, boleylah bukak. Tapi upah separuh la ya..sebab puasa separuh
Adib : ok..( terus bukak air kotak , minum, kemain haus lagi dia)


Untuk berbuka hari ni, aku buat nasi kerabu, ayam percik, kopok ubi dan air sirup.. Tiada kuih muih sebab tak dan buat. Walftor masih lagi tinggal bersama kami dan ni merupakan kali pertama dia makan nasi kerabu, dan jugak dia puasa hari ni walaupun non muslim. Walftor ni Sabahan dan kawan baik Incik Jemi. Sama-sama dari bidang plant genetic dan puaslah hati suamiku itu sebab ada member kamceng yang boleh share psl research. Apa-apa pun yang pasti ayam percik ku jadik pilihan ..heheh..secret recipe dari arwah che'. Walaupun ada skit modification dari segi teknik masakan, tapi rasa istimewa itu masih ada.....

Kualiti gambar mmg out sebab amik pakai camera hp. Camera tertinggal dalam kereta dan malas nak kuar ambik sebab :
1. Keta dah masuk garage
2. Sejuk dan berangin..eee..takmo kuar..tak tahan..

Thursday, August 20, 2009

Salam Ramadhan...

Selamat menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak kepada semua tak kira yang jauh juga dekat. Ampun maaf dipinta kiranya selama berblogging ni ada yang terguris rasa, termakan hati, tersalah kata dan segala-galanya lah. Semoga Allah memberikan keampunan kepada kita semua…dan diterimaNya segala amalan2 kita sepanjang bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Ramadhan ini merupakan ramadhan kedua kami di sini. Betapa rindunya kami kepada keluarga, sanak saudara serta kawan-kawan yang berada di Malaysia. Kepada Kak La dan Abang Aziz di Kajang, Ramadhan kali ini terpaksa ditempuh dengan penuh kesabaran memandangkan putera hati berada jauh di perantauan. Buat Kak Nah dan keluarga di Kota Bharu, pohon ampun dan maaf kiranya ada yang terkasar bahasa dari kami sekeluarga di sini.

Persiapan kali ini agak lebih teratur berbanding tahun lepas dan anak-anak mula terasa bahang Ramadhan. Agak sedih juga melihat wajah mereka yang rindukan suasana puasa dan Hari Raya di Malaysia, walau apa pun akan semua ini akan dapat ditempuhi dengan tenang dan sabar..Insya'allah...

Wednesday, August 19, 2009

Ramadan dulu..


Kalau tengok tang tajuk tu..perghh..cam havoc je..sebenarnya tak ada apa..cuma dah lama tak update blog ni..terbit rasa rindula pulak..Sekarang ni dah masuk bulan Ramadhan dan kami berpuasa buat kali pertamanya di sini..mula-mula tu rasa seronokla sebab waktu berbuka agak pendek sebab masih siang masih pendek walaupun dah masuk spring..

Tipula kalau aku tak rindukan Malaysia di saat-saat begini..aku rindukan kemeriahan berpuasa kat sana, dengan bazar ramadhannya, aneka jenis makanan minuman..tahun ni dan tahun-tahun seterusnya bakal menyaksikan aku berpuasa dan berbuka di bumi kiwi ni..rindunya kat air kelapa ngan air tebu..air favourite tu!

Semalam somiku bagitahu masa berbuka takde ke kelapa-kelapa hanyut dari Malaysia? hahahhaha..aku cakap kelapa adalah ..dari Fiji, Samoa..dr Malaysia kena kebas ngan lanun..kami gelak besar..padahal dalam hati masing-masing memang rindu yang teramat sebenarnya..Memandangkan musim dah bertukar jadi mood kami ceria seceria suasana cuaca kat luar..bunga-bunga baru berputik..takat ni yang banyak bunga dafoddil..bunga kaler kuning..bau wangi gak..satu lagi ada bunga-bunga kecik-kecik ntah apa ke namanya..tapi bau cam melur sikit2..pokoknya rendang je pastu daunnya berlendir cam daun bawang..Lepas raya ni Insyallah kami sekeluarga akan pergi bercuti..setelah duduk terperam sekian lama kat umah sebab winter..tak kose nak kuar.adala kuar aritu p Porters dan Arthur Pass..p main snow..

Sambung nanti..nantikan jurnal aku seterusnya : Jurnal musim Spring/Summer!

September 3rd, 2008 at 11:20 am

Cerita dulu-dulu..

Ni merupakan antara catatan yang pernah aku buat..aku sendiri dah lupa nasib baik jumpa balik..so ni compilation kisah dulu-dulu..

The Red Rocking Hood and The Magic School Bus..

It soooooo long I’ve not write anything..Got nothing to jot down.now I’ve something to share.. Ni merupakan pengalaman bangga seorang ibu melihat anak-anaknya dengan confidentnya membuat persembahan..

Seminggu sebelum cuti sekolah berakhir, Adib dan Husna ada membuat persembahan di sekolah. Pada 23/9 Adib membuat persembahan pertamanya..Ini memang kali pertama dia berada di pentas..Ini juga merupakan konsert pertamanya..Aku punyala gelabah sebab tengok dia rileks je..tak da practiceke hapa..tau-tau da bilang ” Umi kena beli tiket untuk tengok konsert abang” ..ingatkan dia bergurau ..sekali ada note di bukunya menyatakan Adib perlu hadir awal bagipersiapan konsert. Aiyohhhh..konsert start kul 7 pm..buka puasa kul 6.30 pm..Apa lagi terkocoh-kocoh buka puasa, ala kadar nak cepat..Adib pulak rilek jek sambil makan nasi bertambah-tambah..Sampai sekolah dah 6.55pm..gabranya aku..Adib penenang jiwa aku. “Rileks Mom..I’m gonna be ok..Just watch my concert”..

Show start on time..and when I saw Adi’s on stage, my chest was full,hard to breath, my eyes was bling2 with the tears..Wah..anak umi..confidentnya dia..

Abes satu concert, the next day another concert..It is Husna’s turn..The Magic School Bus..a story about journey in the volcanoes…Husna sememangnya familiar dengan stage..Last year, dia merupakan wakil sekolah peringkat daerah Petaling Jaya dan wakil Negeri Selangor bagi Choral Speaking..And this night she bloom me again…there she was on the stage..telling about how polluted nowdays..and how volacones gives benefit to human being..and there my tears goes again..It was increadicble..the moment of excitement..and Ayah as usual busying snaping photo..and we gathered one family to watch our family member perform. Gagahkan diri pergi..tawakal jek dengan bawak Aqil yang tengah demam..early stage pneumonia..on medication..dahla sejuk..Alhamdullilah..dia ok..and Atif tak sabar-sabar nak perform cam Kakak dan abang..Well u have to wait dear….next year u will have the same experience like Kakak and Abang..and make Ummi n Ayah proud!…Love u kiddos..

September 29th, 2008 at 10:30 am

Saturday, August 15, 2009

Ada tetamu!!!!

Hari selasa lepas, kami terima tetamu jauh dari Malaysia. Akhirnya sampai jugak. Pagi Selasa, lepas hantar separuh batalion ke sekolah, maka kami bawak lagi separuh ke airport( dua org je, bunyi mcm besar).. Masuk je kawasan airport..rasa syhadu weyyy..Mandangkankan flightnya direct terus ke ChCh, maka kami tunggu beliau kat terminal international.( lama tak datang, dah lain airport ni)

Sebab tunggu lama, my two bodyguards dah start bosan. I'm hungry Ummi!..inilah..tadi tanak breakfast siap2 kat umah. Since kat atas tu ada mini playground, aku bawak derang naik dan incik jemi ditugaskan mencari tetamu jauh itu. Aku belikan derang egg sandwich dan satu cawan hot chocolate. Aqil mmg nak main..so yg makan atif jelah. Tinggal lagi separuh air , suamiku itu datang tersenyum bersama kawan2. Aku tgk tiada bagasi..pelik???? mana beg? Rupanya beg2 nya tertinggal smasa transit di s'pore..hahahhaha..

Kami trus balik since dh dekat lunch hour. Aku just buat nasi lemak with sambal ikan bilis petai and i forgot to snap the meals..but I do have some pictures that I managed to snap for our next meals..hehehhehe. Tak best rasanya kalo ltk entry tak da gambar..utk syok sendiri..hahhahaha.
.
Asam pedas ikan yang aku masak for our dinner



Aku teringin nak makan nasi hujan panas, maka bersungguhhan aku masak walaupun tak penah buat sebelum ni. Sedaplah jugak walaupun tak ada cara..huhuu..kes lupa nak beli timun. Sebelum puasa ni nak buat lagilah lengkap dengan setnya..semalam aku buat ayam masak merah dan daging kandar...serta sambal..sedap

Daging kandar
Nasii hujan panas yang tak seberapa panas..

Friday, August 14, 2009

Little Journey.


Last weekend, since incik jemi abis awal buat lab worknya, dia mengajak kami jalan-jalan..Apa??? jalan-jalan??? heheheh..

Mandangkan tempoh yang diberi terlalu singkat, maka aku masak ala kadar, siap2 dan terus kami berangkat ke Lake Coleridge. Perjalanan masa 2 1/2 jam. 1/2 jam tu kami makan langsat gara-gara takmo ikut arahan Encik penunjuk arah. Lake Coleridge di dinobatkan sebagai tasik yang terbesar di sini. Perjalanan kami agak membosankan kerana kawasannya sunyi sepi..cottage la katakan..yang kami nampak selain dari gunung-ganang yang bertopi putih itu, adalah kambing biri-biri dan lembu..

Anak-anak agak bosan mandangkan tiada perkara yang berjaya menarik perhatian mereka. Sesampai kami di tasik, pemandangan teramatlah cantik. Berlatar belakangkan gunung yang diliputi salji yang mana kami sangka saljinya tebal hingga ke bawah sebagaimana di Porter's. Salji tak banyak, hanya di puncak. Tasik nya besar, air biru jernih malangnya terlalu sejuk untuk disentuh. Tak sanggup duduk lama-lama sebab sejuk yang amat..dengan tiupan angin beku itu, tak jadi kami untuk bercamping..Sudahnya bekal yang dibawa kami makan dalam kereta. Tempat ni amat sesuai untuk para pemancing tegar, untuk camping ke ( ni time summerla best) time winter gini, tak sanggup lah..sejukkkkkkk..

A few pictures that Incik Jemi managed to snap. No much to share because it's really chilling..

Saturday, August 8, 2009

Bihun goreng ala Singapore..

Hari ni cuaca cantik, maka aku bolehlah menjemur apa yang yang patut. Then buat nasi goreng dan fish burger untuk breakfast. Incik Jemi pegi lab, aku dan anak2 just stay at home. Kemas apa yang patut since Selasa ni kami akan terima tetamu dari Mesia. Borak2 dengan anak2, derang kata dah boringlah makan nasi.

Maka untuk makan tengahari , aku masakkan derang bihun goreng ala Singapore. Ni bukan pure bihun goreng Singapore sebab aku dah ubahsuai. Aku letak sayur campur sebab nilah jelah caranya untuk suruh budak-budak makan sayur.

Resepi :

Bahan kisar
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1/2 s/mkn udang kering
1 s/makan lada hitam

bahan lain
1 paket bihun
1 cawan udang
sedikit ayam cincang
2 s/bsr sos tiram ( bergantung pada selera masing2)
Sedikit cuka
kobis-hiris halus
Carrot- dihiris halus
1 cawan sayur campur
garam dan gula
Cara-cara :
1. Bihun direndam hingga lembut, kemudian toskan
2. Panaskan minyak, goreng bahan kisar hingga naik bau
3. Masukkan ayam , udang , sos tiram dan cuka. goreng sebentar
4. Masukkan bihun, dan gaul sebati.
5. Angkat dan boleh dihidangkan.

Budak-budak suka sebab bihun ni tak pedas. Bagi yang dewasa, raciklah cili api ke, letak sos cili ke bagi penambah kick. Selalu kami makan dengan cili jeruk, tapi sejak abis stok ni, kami just letak cili sos untuk tambah kick..

Thursday, August 6, 2009

Nasi Afghan



Bukan resepi..saja nak tayang rupa nasi afghan. Bagi sesiapa yang berkunjung ke Christchurch ni, jangan lupa singgah untuk makan di restoran Afghan, Lincoln Road. Ada nasi, kebab ( lamb or chicken) pilih mana satu dan salad. Menu yang simple tapi sedap dan puas hati. Harga dalam NZD14 . Banyak nasinya.. kalo order satu pingan boleh makan dua orang.
Sekali sekala makan luar seronok jugak..hehehehe

Monday, August 3, 2009

Catatan di penghujung winter.......

Alhamdullilah, akhirnya winter dah sampai di hujung. Bukan aku tak bersyukur, tapi secara jujurnya aku tak suka winter...serba serbi tak kena..terlalu sejuk( untuk akulah)...dah tu kena pakai baju banyak lapis..baju susah kering, penyakit pun banyak( ni gara2 kena flu anak beranak aritu), nak kuar pun malas, mood pun swing..

Sekarang baru aku paham mengapa orang kat sini berlumba-lumba untuk berjemur bila ada matahari..ahaks..Sebenarnya aku begitu teringin nak makan sayur berdaun hijau..susah nak cari musim gini..kalo ada pun terlalu mahal..aku tak suka kobis..anak2 pun sama..kalau dapat sayur sawi buat sup letak telur dan su'un..urmmm..sedapnya..semalam incik jemi beli nasi afghan..( gambar ltk kemudian)...saja untuk tukar2 seler..sekali sekala makan beli ok jugak...Sedap nasi nih.. kami pilih lamb kebab instead of chicken kebab. Semalam kami hanya bermalas-malasan di rumah..aku pun masih belum siapkan tempahan karipap dari kawan2. Minta maaf lah banyak2..belum ada passion nak masuk masuk dapur.. Rasa bersalah amat..insya'llah minggu ni aku akan cuba siapkan semua order.......dah terbayang keindahan spring..dengan warna-warni bunga, wangian semulajadi alam, cuaca yang nyaman sepoi2 bahasa..dan kini aku hanya perlu warm upkan lawn mover kami yang tersadai kat garage..Masa untuk berkebun dan bersihkan laman..Hep..hep..hooorayyyyy!

Sunday, August 2, 2009

Malas..

Ni penyakit sebenarnya. Lately aku punyalah malas..nak basuh baju malas, nak masak malas, nak kemas malas..tapi mata serabut tengok keadaan tak terurus. Aku kemas tak sampai 5 minit, dah kecah balik. Nak masak lagilah..semua orang tak ada selera sangat. Semalam aku masak kari ayam, sambal belacan dan ulam sikit..tu pun tak habis.

Mandangkan selera berbeza, payah nak masak. Aku dan anak2 just prefer makan yg simple2, tapi Incik Jemi nak yg bergulai2. Kesian tgk budak2 tak lalu makan ayam, aku goreng ikan kembung. Kebetulan jumpa kat Pak n Save..kembung kecik tu..selera sikit budak2. Nak buat kuih pun dah abis idea..kek2 ni anak2 dah tak nak. Aku sendiri pun naik muak dah..yg lakupun jemput2 pisang.

Winter dah di hujung2, sekarang ni asyik panas manjang..pokok2 pun dah nampak macam nak berputik..puasa pun dah hampir tiba.. alahai..terasa syahdunya..terbayang air tebu, air kelapa, riuhnya bazar ramadan..bunyi azan kat masjid, ...walaubagaimanapun aku berharap benarlah MALAS ni hilang secepat mungkin. Arghhh.....

Saturday, August 1, 2009

Panggilan rindu, panggilan kecewa......

Sekian lama aku tak menanya kabar..akhirnya semalam aku tergerak hati untuk menanya kabar. Panggilan terakhir yang dibuat berakhir dengan kecewa, jadiknya aku putus asa untuk bertanya kabar. Payah jugak kalau ada perbandingan, bak kata seorang kawan ibarat bunga ros vs bunga taik ayam? hehheheheh..kalau ikut kategori aku bunga taik ayam la kot walaupun nama pangkalku mula dari ros..ahaks..

Setelah mendengar suaranya, rasa hilang rindu..macam-macam nak dikongsi, tapi tak terluah..panggilan tadi dikongsi dan sudahnya berakhir dengan kekecewaaan..kadang-kadang aku rasa tak perlu memanggil lagi, tapi rasanya macam tidak patut..jangan diikut kata hati, tapi rasa ralat ni perlu diluahkan.

Untuk hilangkan rasa ralat, buat panggilan lain. Panggilan kali ni ubat rasa rindu pada semua. Anak-anak cukup gembira, walaupun hanya dengar suara( suruh bercakap, ndak mau,...) yang oknya atif..atif memang agak peramah walaupun butir cakapnya laju tapi dia punya confident tinggi..owh dan semalam jugak kami berbual dengan hadri..hhahahaha..setelah sekian lama anak bujang tu ke German, baru skrg kami boleh berinteraksi. Katanya baru boleh rilek setelah bergelumang dengan exam. Alhamdullilah..lepas tukar2 cerita, tukar kabar..masing2 mohon undur diri..lain kali borak lagi..Yay! hilang sudah rasa kecewa..mari bergembira....