Sunday, May 31, 2009

Setelah sihat...

Sebahagian hail di tepi rumah..tak tahan eh duk lelama kat luar..beku tangan mek..

Ikut ramalan cuaca arini dijangka snow turun. Tapi tak turun pun, yang turun hail saja bersama hujan. Suhu memang sejuk, dah -2..Oleh kerana aku dah sihat maka aku buat satay ayam dan daging serta nasi impit untuk sarapan hari ni. Nasi impit buat sendiri, nanti nak tanya kakaku cemana nak buat nasi impit best..dia terror masak nasi impit..Puaslah kami makan anak banak..
SEbelum
Selepas

Kami pegi beli ikan kat kat Lyttletton semalam. Dapatlah skate 4 ekor, red cod sekor dan fish mangal tu bagi free kepala ikan..FREE tau..aku rembat 3 keping kepala ikan, then untuk lunch aku buat kari kepala ikan..
Ni hasil kat pinggan aku.. just celur button mushroom..dapat banyak dari neighbour dan kawan-kawan yang keje kat kilang mushroom..since aku sorang yang makan, maka aku celur sikit..tambah lak ada sambal belacan dan pari bakar..pergh..heaven beb..makan anak banak laju jek..

Friday, May 29, 2009

Tak sihat..

Dah lama tak update blog sebab aku tak sihat. Oleh sebab itu aku terpaksa habiskan masa berulang alik dari rumah- clinic-hosp-clinic-rumah. Huh! perit sungguh..lama sangat-sangat dah aku tak sakit macam ni..so my other half terpaksa ambil alih tugas di rumah..tapi dia tak masakla...beli kat kedai. Derang anak beranak makan nasi bengal..Aqil dan atif lak cukup suka makan tandoori chicken..since aku tak lalu makan sebab asyik duk muntah je( tak mengandung ok!!), dengan rasa kasihan my other half belikan aku chicken tikka which is a bit sour and spicy..katanya sedap , boley ilangkan rasa mual..tapi tekak aku tak bleh terima..so aku telan air kosong jek..( ada chance turun berat nih..hihihihi)

Setelah lalu proses chest x-tray, blood test, urine test, akhirnya result kuar..I'm free from pneumonia but anemic dan ada infection dalam blood...Selalunya aku anemic time pregnance jek..Lepas aku telan antibiotics, rasa ok sikit, tapi next week kena p buat blood test lagi sebab nak check balik my hemoglobin level..mintak-mintakla result next week ok..hari ni aku dah rasa sihat dan macam-macam terlintas dalam kepala..NAK MAKAN!dah kemaruk.. baru terasa lapar..Nanti ku uploadkan gambar2 apa yang akan ku masak hujung mingggu ni..hehehehheheh..Tak kemana la impian aku nak turunkan berat..N
ak pulak my other half kata" makan time sihat..esok bila sakit dah tak selera nak makan" aku? apalagi..thank you dearlah..support baik punya..tak payahla aku risau nak kurus..har..har..har..

Friday, May 22, 2009

Dinginnya..

Minggu ni cuaca memang tak begitu memberangsangkan..kalo di M'sia , cuacanya panas terik, kat Christchurch ni cuaca begitu sejuk dan dingin sekali. Aduhai..sejuk bangat..dah dua hari hail dan hujan..rasa macam tak mau bangun dari katil..duduk berselimut dalam duvet lagi best..

Disebabkan cuaca dingin ni, aku dilanda mood yang suram..bukan apa..sejuk wey nak pegi dapur...pijak vinyl tu macam pijak ais..itupun aku berstoking bagai..cuaca2 begini stoking tak dapat dipisahkan..bagai lagu dan irama..ecehehehehe...tapi serius sejuk..takat ni suhu paling rendah is -2..paling tinggi 8..bukit belakang rumah dah putih dah..urmm..setengah tempat dah start snowing..tekak pun asyik nak makan aje..nasib baikla aku stock upkan yogurt banyak2..bolehla buat kudap-kudapan sambil2 tengok CSI..budak-budak leka main PS2..my other half pulak leka di lappy dia..my doter leka baca buku..aku???? melilau-lilau ke dapur, ke hall, sekali sekala duk melangut dpn pc...uh..bosannya..sebab semua jadik DINGIN...dari persekitaran sampaila masyarakat sekeliling..

Aqil..mana Aqil? nak p gomol diala..

Sunday, May 17, 2009

Oh..kek lagi!!


Hari ni cuaca amatlah baik walaupun windy..tapi nyaman..Jadiknya lepas makan malam tadi..anak-anak request untuk dessert..aiyoh! penat tak hilang lagi ni..puncanya aku mesin rumput dua hari..hahahhaha..terbakar sikit segala lemak tepu..kununnya ala-ala berlari di threadmill tu lah..hehehhe

Jadiknya untukmenunaikan hajat anak-anak , aku dengan senang hati bakar sebijik kek chocolate( lama tak makan)..

Adib : Owh...cake lagi umi?
Aku : yes , darling.cake chocolate...umi tak rajin nak buat kuih lain..Abang nak makan kuih lain ke?
Adib: Tak lah..memang abang nak suruh umi masak cake pun....abang tak makan kuih lain..
umi buat dulu..karang dah siap panggil abang tau sebab abang nak sambung main game..
Uh..boley gitu? budak-budak ni kalo tak menunggang langgangkan bilik..itulah keja dia selainnya..main game..dah boring dgn X-box, main PS2 lak..dah kalah main game..baru rasa lapar..nasib baikla kek ni cepat dan mudah..kacau2 dan bakar..dan sambil2 boleyla umi memblogging..ngeh..ngeh..ngeh..

Aqil pun tengah tido...boleyla aku masak senang lenang..kalo tak kejap2..datang tanya" umi wat apa mi?" 5 minit sekali datang tanya..cakapnya tak pernah berenti..ntah apa2 di bebelnya..
Pakai topping sugar je..sebab cooking choc tak ada stok..urmm..yum..yum..

Adik..oh..adik..

Aksi-aksi aqil..
Ni aksi adik tengah tido..dia mmg suka tidur gini..ayah snap sebab katanya "sweet"..ahaks..
Aksi adik masa tengah tolong umi dan ayah kemas lawn..dengan suar pink dia,ahhahahaha..boy pakai pink? okla tu...

Banyak jugak ranting kayu yang patah..ececeh..yang sebenarnya aku yang potong sebab excited my other half beli gergaji..wakakaka..akhirnya kami ada tools sendiri..dulu kat M'sia , jangan kata kapak..parang pun tak ada..percaya tak? hahhaa..dah duduk sini, baru terasa nak beli tools ni..sebabnya lawn kami luas..nak kena trim slalu..Thank you sebab tolong umi ngan ayah..cepat sikit keje( walaupun tolong angkat kayu sebatang)

Sunday, May 10, 2009

Kisah kesayangan hamba....

Aku bertuah punya dua orang ibu yang cukup-cukup hebat. Sempena hari ibu, ingin aku berkongsi kisah ibu-ibuku..suka, duka, kelakar, pahit, manis..Ibuku seorang jururawat, kami selalu berpindah kediaman dek kerana tuntutan tugas ibuku..dari bandar ke desa hinggalah ke pendalaman sana..seronok..ibuku memang handal buat kuih..kuih favorite ku, agar2 santan dan puding caramel memang tak pernah dia lupa buatkan walaupun aku kini dah berkeluarga..dulu ibu buat niaga kuih kecil-kecilan bagi membantu ekonomi keluarga..subuh sepaei dia dah bangkit, uli tepung, buat nasi lemak dan aku dan ayah dikerahnya membantu bungkus nasi lemak memandangkan kami bungkus lawa..ibu bungkus tak lawa( kata ayah)..dulu-dulu aku merungut jugak sebab tidur tak puas..lepas siap bungkus nasi lemak dah nak kena gosok baju untuk semua orang pulak..pukul 6.45 pagi dah kena terpacak kat jalan tunggu bas..kadang-kadang aku menangis sebab rasa kena dera..huuhuhuhu..sekarang ni aku rasa bersyukur sangat2 kerana ibu dah latih aku begitu..dari dia aku belajar memasak..di saat aku kesakitan sewaktu bersalin, Ma berada di sisi..menenangkan jiwa yang gundah..(sanggup pakai uniform kerja walaupun dia bukan keje kat spital pun..tugasnya hanya di klinik) terima kasih ma!!! Insan istimewa ni sentiasa berada di sisiku ketika susah dan senang...

Lepas tamat belajar, aku kawin..kawan-kawan duk sibuk kejar ijazah, aku sibuk besarkan keluarga..masa ni aku dapat sorang lagi ibu.seorang surirumah sepenuh masa dan ibu ini juga amat istimewa..tatkala baru jejak alam perkahwinan, ibu ini yang sediakan periuk belanga kami..satu set periuk belanga..dari sekecik2 periuk sampailah sebesar periuk..katanya senang nak masak..then tolong aku pilih batu lesung..kami pegi pasar malam sama-sama.dia tunjukkan aku jenis2 sayur kampung..masakan pertama dia ajar..masak lemak sayur sawi putih( ibu panggil "lobak putih")..katanya " Ija, belajarlah masak sementara Chek' tengah sihat..esok bila Chek' tok sihat..payoh doh la"...huh! cabaran memasak..Alhamdullilah..aku kini berjaya mengendali dapur keluargaku dengan jayanya..berkat usaha ibu-ibu inilah...

Chek sentiasa ada semasa kami senang atau susah..dari kami duk rumah kedai then pindah duduk umah kakak di segambut, pindah ke umah lecturer, pastu pindah duduk di kuaters kolej, chek' la orang yang sama-sama berarak bersama kami..dari kami punya dua biji bantal..hinggalah kami punya banyak bantal, chek' lah yang tolong jahitkan. Dari kami berdua..hingga kami berenam..ibu ini sentiasa bersama..tolong tungku dan jaga masa aku berpantang.. Masa mengandungkan Husna, aku habiskan masa dengan Chek' untuk jahit selimut tampal..Tiga helai selimut berjaya kami siapkan..dan selimut itu jugalah yang menyelimuti anak-anakku..seronok betul..Mandangkan chek' jugak memang terror masak, aku mula belajar dari beliau..dari nasi dagang hingga ayam percik.dari cek molek hingga butir nangka...pernah sekali aku mengidam nak makan ketupat sotong, chek' cuba jugak buatkan( walaupun masa tu tangan dia dah tak berapa kuat)..puas hari tu kami makan ketupat sotong..Dia juga tahu aku gemarkan labu sira..kuih memang ada tiap aku pulang ke kampung..

Chek' juga punya kemahiran menjahit, malangnya aku memang tangan keras kayu..jadi kemahiran tu diturunkan pada kakak iparku..saat sedih kami lalu bersama pabila kehilangan cucunya, anak saudara ku yang meninggal di usia muda..tapi Chek' kuat semangat..aku tak nampak pun beliau menangis atas kehilangan itu..katanya..biarlah...Allah lebih sayangkan dia..
Kini Chek'juga telah tiada..pergi tinggalkan kami semua..yang ada hanyala memori2 indah bersamanya..Semoga rohnya berada di golongan orang-orang yang beriman..Al-Fatihah..

Setelah bergelar ibu, aku kini faham apa yang pernah dilalui oleh ibu-ibuku..betapa besarnya peribadi ibu..pengorbanan yang dicurahkan serta kasih sayang yang tiada belah baginya....Hanya Allah yang lebih mengetahuinya....."Mak, orang rindu Mak!!!!

"SELAMAT HARI IBU BUAT SEMUA!!"
* Ratu hatiku...

Friday, May 8, 2009

Selamat Hari Ibu!

Kepada semua ibu dan bakal-bakal ibu semua " Selamat Menyambut Hari Ibu"..

Ibu..ibu..
Engkaulah jantung hatiku..
Bila ku menangis..engkau sentiasa di sisi

Ibu...ibu....
Engkaula jantung hatiku.......

Wednesday, May 6, 2009

Dulu dan sekarang..

Tadi aku duk belek-belek gambar budak-budak ni..tergelak sorang2 tengok gambar2 ni..betapa BESARnya perubahan..terutamanya yang boys..dulu my second son, adib was so chubby mubby..in fact he was the biggest among the siblings..came out with 3.8kg and was warded in NICU for about a week because his lung got water and infected..masa aku terpaksa duk berulang alik ke hospital arwah bonda mertuala yang duk bantu( mak kerja lagi masa ni..belum pencen)..tiap kali aku bersalin, arwah che' lah yang datang meneman dan jaga makan minum kami semua..3 bulan tau dia tunggu..syukur sangat2..Lepas keluar hospital, adib dapat hernia pulak..kata arwah Che', ni sebab tak tuam "cucubird" dia..anak lelaki mesti kena tuam dekat ari-ari so that perut tak kembung dan jalan tak kengkang..taklah tersepit telur..ahaks..tapi itulah antara petua yang sempat diturunkan..tapi sekarang adib dah kurus tinggi...dulu pendek..bulat gedempol..sedap gomol..suka tidur bawah ketiak ayah dia..heheheheh..lagi satu penakut yang amat..sampaila sekarang..tidur pun nak berteman..
* Picture Adib dua tahun lepas

* Picture Adib terkini

Then atif..dia lahir tak besar dan tak kecik..3 kg. Yang ni kulit dia putih melepak..macam pompuan..kata arwah Che' jarang2 sekali boleh nampak orang laki putih gini..atif ni dari kecik mmg cheeky..pergi mana2 jadi tumpuan macam kakak kecik2 dulu. ..dan it happen to be two of this wow kids had entered baby 's competition..turn out with kakak dapat 2nd runner up( kalah ngan mix baby..memang comel pun baby tu) and Atif 1st runner up..hahahaha..apa sajalah..sekarang atif masih macam dulu..a bit chubby dan lasaknya..ya rabbii..tak pernah duduk diam sekali..suka lompat sana sini..

* Dulu
* Sekarang..

Last but no least my youngest son,Aqil.hak ni macam girl..pergila mana2 pun orang akan address dia as a girl..puncanya:
1. Muka dia lawa sangat tak macam boy( ececeh..)
2. Bulu mata panjang dan boleh tahan lebat
3. Rambut dia lawa..lurus halus..
Keluar dengan berat 3.2 kg ( anak-anak aku tak ada yang keluar below 2, semuanya 3 kg up..heheheh..baka besar tinggi..tengokla mak dia ayah dia..mak besar..ayahnya pulak tinggi lampai..). Aqil dulu macam adib. montel sungguh..yang ni mmg fully breastfeed..semangat sungguh..sekarang rambut dia dah panjang( saja kami simpan..sebab rambut lawa)...cakap pun dah banyak ( kadang-kadang mudah difahami..kadang-kadang ..hentam sajalah labuuu)
lihatlah betapa semakin membesarnya budak2 nih..rindu untuk gomol2 derang..sekarang tak maknanya nak gomol derang..tanak dah..orang dah besarlah katakan..urmm..hahahahhaha

Sejukkkk.......


Erkkk..dua tiga hari cuaca dah makin sejuk dan seriously kami belum buat stok kayu api..kayu api??? YES !! kayu api..rumah kami hanya ada log burner, jadiknya untuk memanaskan rumah musim-musim dingin ni, kami kena bakar kayu..kalau tak macam duk dlm ice box!
* Tulah kami punya logburner..memang best duduk tepi ni..hangat jek..
Kena pulak hari ni hujan ..dari semalam lagi dan suhu pagi ni 9 degrees..kira okla tu compared to yesterday..Yesterday was 1 degree..pagi ni terpaksa rush ke petrol station utk beli kayu..tu pun masih belum cukup panas..aduh...early this month aku dah pegi accomodation office untuk request heat pump..dan jawapan yang memang buat aku naik hangin...dia kata ada banyak lagi umah nak kena install dan kosnya besar..we have to be in the waiting list again! What the h###x..Actually kami request dari last year since our son penah ada problem dgn pneumonia..last year pun nyaris2 hospitalize sbb case yang sama..dia tak bleh sejuk..kami pakai heater untuk cuba warmkan lagi umah dingin ni..sudahnya bil letrik naik mencanak-canak..kami kena bayar $500 just for the electricity!!!itu sejarahla tu..esok aku nak p lagi accomodation off..akan ku mintak lagi..kali ni tak ada soft2 voice lagi dah..I'm tired enough to be patient..My other half katakan..tunggu jelah..kalau nak tunggu nampak gayanya tak dapat sampai bila2la gamaknya..ni budak kecik tu dah start running nose, coughing. anak yang lain dah start sneezing seme.. ..aku ni dah mula seriau..esk nak bawak dia p GPlah..ambil ref letter dari GP then bawak g acccomodation..mana tahu ada rezeki kami untuk dapat heat pump..Doakan kami..hehehehehehe..
*

Tuesday, May 5, 2009

Cek Mek Molek

Catz ada tanya cemana nak buat kuih cek mek molek..dan catz..kumara tu aka keledek manis aka sweet potato aka ubi keledek...

Bahan-bahan
3 biji ubi ( saiz sedang2 aja)
1 cawan tepung gandum
( agak2, kalau lebih tepung, doh jadik keras..tak best..biar balance ngan ubi)
1/2 s/teh garam
Gula ( untuk inti)
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara
1. Rebus ubi hingga empuk, toskan, buang kulit dan lenyekkan ia.(macam lenyek kentang)
2. Masukkan garam dan tepung, uli jadi doh ( diingatkan doh akan melekit sikit..kalau lekit sangat buh tepung)
3. Buat bebola kecik2 dari adunan tadi. Ambil satu,tekan di tengah2, sapu sikit air dan letak gula( jangan banyak, agak2 sesuai je).
4. Dah masuk gula, bentukkan bujur..renjiskan air sikit2 ( petua dari MIL..kuih jadik rapuh.)
Masa bentuk ni make sure jangan ada gula terkeluar..nanti jadi cek mek karamel lak..
5. Last step kuning hingga kekuningan..

P/s : kuih ni jangan makan panas2, melecur mulut nanti..biar suam2 kuku, baru yum..yum..

Monday, May 4, 2009

@Ferrymead Heritage Village

Semalam kami satu family pergi tempat ni..
Tempat ni menarik kalau minat dengan sejarah..sebab kampung ni penuh dengan sejarah transportation dulu-dulu..dari zaman 1815..lamakan? Untuk masuk kami kena beli tiket dulu..memang berbaloi dengan harganya dan boleh duduk selama mungkin of coursela sampai tempat tu tutup..kami bayar dalam $35 untuk satu family dan boleh naik train steam tu berulangkali..dan juga naik mana-mana transport lama kat dalam tu.. memang seronok habis..itupun kami tak habis tour mandangkan nak balik solat zuhur..(siang pendek sekarang, jadinya kul 3.30 dah asar)..kami pergi dari pagi ..itupun baru separuh kampung je berjaya diterokai..semuanya antik dan klasik dari kedai jual lollies hingga ke sekolah( ada mock up lak tu..budak2 pakai baju zaman dulu2..


Ni antara gambar yang kami ambik guna camera cap ayam..pastu my other half bisik-bisik "kita nak kena ada DSLR nih..barula cun gambar2 semua"huh!..bunyinya macam menarik nih..nanti dulula..

Kat dalam kampung ni bangunan tinggalan sejarah yang dipelihara dan dijaga rapi..antaranya rumah zaman 40-an dulu, dibuat daripada tanah liat..antara bangunan yang kukuh terbina church lama, stesen keretapi, rangka2 keretapi yang mana salah daripada rangka tersebut pernah digunakan dalam filem"King-Kong". Kami naik keretapi steam..fuh..nostalgia betul..seronok+ terharu..terkenangkan pengangkutan orang dulu-dulu, zaman tok nenek kita..keretapi sebagai pengangkutan utama..anak-anak cukup teruja naik keretapi steam..kata atif " nilah Thomas The tank engine!"dia memang minat dengan kenderaan gini..Mula-mula sampai kami naik steam train..
Untuk anak-anak inilah first derang naik train klasik gini..dulu di M'sia naik komuter, LRT..lain bezanya..yang ni lagi thrill..dengan asapnya..dengan bunyinya..kata Aqil " chooo..chooo..chuck..chuck..chuck.."Turun naik steam train, kami naik tram..antara pengangkutan terawal di Christchurch

Tram bergerak guna kabel elektrik..tak besar, cuma ada satu gerabak saja..boleh duduk luar gerabak..kalo summer memang best..duk time sekarang or winter..gayanya jadik bekulah..
Kata Mr Allen, jurupandu tram kami aritu, idea asal Thomas The Tank engine ambik daripada kepala keretapi nilah..

No.7..ni antara kerangka terawal yang dijaga rapi di sini..ada satu lagi kerangka yang asalnya bergerak ddari Adeilaide, Australia ke Wellington, NZ..then pihak ferrymead minta jasa baik dari Australia Govt utk pindahkan rangka tersebut ke Ferrymead Village untuk dipelihara..so kata Mr Allen, thanks a lot to Australia Govt..( huh! gitulah serba sedikit sejarahnya yaaaa..)
Then kami ke museum of radio n sound..antara stesen radio terawal dari zaman 40-an dan masih lagi aktif hingga sekarang..lagu klasik yelaaaah..siaran AM..ada radiogram, tv lama.fuh..banyak nak cerita..

Seterusnya kami pegi museum fire engine..part ni atif paling suka sebab dia memang minat benar dengan fire engine..ligat kemain dia tengok model2 lama fire engine..
banyak lagi nak tempat nak teroka , malangnya tak sempat..Insya'allah kami datang lagi..hehehe..ni gambar yang my other half snap..katanya khas untuk abang aziz..!!
Imbau kenangan zaman dulu-dulu..best..sejarah mengajar kita untuk jadi lebih baik..peliharalah khazanah sejarah sebaik mungkin..

Saturday, May 2, 2009

Jeng..jeng..nasi kerabu idaman kalbu..

Tadikan masa jalan-jalan, singgah kat china town..biasalah..aku suuuuukaaa tinjau-tinjau ni..sekali masuk jumpa ni :

Punyala suka hati..nilah dia BUDU..hehehheheheh..lama benar dah tak makan budu ni..pastu datang idea..jeng..jeng..jeng..
Nasi kerabu idaman kalbu..ni salah satu meal favorite orang kelantan..since we both kelantanese, kitaorang mmg adore sangat-sangat this speacial dish..mandangkan tadi jumpa budu, maka timbul idea untuk masak nasi kerabu..nilah meals kami malam ni..aku bakar daging instead of buat ikan goreng celup tepung..walaupun tak ada keropok tapi ini dah buat ubat penawar rindu..keh..keh..keh..my other half kemain lagi berselera makan bertambah-tambah..(psttt...aku pun sama..makan tak hinggat donia..)..
Nilah rupa budu yang dah ditambah hiasan-hiasan penambah selera..ini kalau ada ikan singgang aka ikan pindang makan dengan nasi suam dan budu+ulaman..pergh..yummy..yummy..yummy..

Kumara aka sweet potato aka ubi keledek


Masa mula-mula sampai sini aku adala belek-belek ubi ni..tegok label KUMARA..urmm..apa eh? Aku tanya my other half since dia pakar gak pasal ubi-ubitan ni kan..dia cakap tak tahu!..tapi dia kata dia ambik gen color dari ubi nilah untuk disuntik ke potato dia..uhhh!! ke situ lak dia explain..orang tanya nama ubi...belek punya belek tengok rupa macam ubi keledek..sekali aku belila..bila dah rebus..huk alohla..ubi keledek rupanya or orang kelantan panggil ubi "setelo"..hehehehe..sedap tau ubi ni ..boley buat macam-macam,..buat pengat, goreng.. tapi aku buat cek mek molek dan ubi rebus..kat sini panggil KUMARA.di belah2 urope n US panggil SWEET POTATO dan di Malaysia kita panggil UBI KELEDEK..
Ubi keledek ni boley tahan mahal jugak reganya kat sini compare to potato..tapi kami suka beli sebab nak buat kuih ni..CEK MEK MOLEK..yumm..yumm..

Bila...


Ni aku snap masa Aqil tengah leka makan biscuits sambil tengok channel favorite dia..nampak comel la pulak tengok dia duduk gitu..aku snap ni dia tak perasan pun..yang sebenarnya aku nak snap hidung dia yang luka..napa ntah luka..payah nak baik sebab dia duk selsema..sekarang ni cuaca dah makin sejuk, jadiknya budak-budak dah start selsema..nak kena jaga-jaga gak sebab sekarang org duk riuh pasal new influenza ni..selsema babi..tapi kat sini dikatakan clear..just ambil langkah jaga-jaga la kan..mintak dijauhkan penyakit2 macam gini..
Tengok tu kemain ralit lagi dia makan..biskut ni sedap..aku sendiri pun suka gak..

Ni dia posing masa nak makan..request nak makan nasi ngan telur dadar..join sepinggan dgn ummi..
Telur dadar favorite kami..makan panas-panas dengan nasi suam..untuk aqil aku buh kicap ..sedapppppp....

Kuih butir nangka

Familiar tak dengan kuih ni? Well..ni kuih favorite aku tiap kali ramadhan..ceritanya..last week aku puasa( puasa ganti beb..) tanak tangguh-tangguh macam tahun lepas..nak tercekik rasa ganti posa last minute..jadi untuk berbuka aku buatla kuih ni..yang makannya aku dengan husna..kami dua orang memang suka kuih gini..hak boys n the gentleman tak minat! derang more to goreng2 punya kuih..

Tapi my other half cuitla jugak..kununnya kesian sebab aku susah payah masak..cehhhh..okla..kira dimaafkan lah..thank you dear!

Lopes Idaman Kalbu

Breakfast kami semalam..dah lama nak makan kuih ni..akhirnya..ku buat juga walaupun tak berapa dapat sambutan..hehehhehe